Halaman

Selasa, 18 Mac 2014

#MencariMH370: Dr Haron Din Tampil Pertahan Kerajaan Malaysia #DoaUntukMH370 #PrayForMH370 #PAS

Disebalik kutukan serta cacian segelintir pemimpin Pakatan Rakyat terhadap usaha Kerajaan Malaysia menjejaki kehilangan MH370, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din tampil mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa kerajaan melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat tersebut.

Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu. 

"Ada kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya.

Anwar dan Mahfuz memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis itu dalam ceramah-ceramah mereka sempena pilihan raya kecil Kajang. Lihat SINI

Kehilangan misteri pesawat tersebut dipergunakan sepenuhnya sebagai bahan kempen Pakatan Rakyat di Kajang. 

"Negara dalam krisis yang mereka dah tak mampu tangani. Tak kan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada BN. Kalau bagi kepada BN, dengan tuan-tuan sekali kena culik, kena rampas," kata Mahfuz dalam ceramah di Stadium Kajang semalam. 

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua, membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka, namun masih menemui jalan buntu.

Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.

"Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?," katanya.

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain.

"Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.

"Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawabnya" katanya.

Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi.

"Hilang daripada pandangan, besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.