Halaman

Selasa, 18 Mac 2014

#PRKKajang: @AnwarIbrahim Bukan Mangsa Kezaliman Tapi Menzalimi Diri Sendiri - Bekas Naib Ketua Pemuda PKR


Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Zahid Mat Arip menyelar kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila secara berterus-terusan mengatakan bahawa beliau adalah mangsa kezaliman dan ketidakadilan mahkamah apabila beliau disabitkan dengan hukuman bersalah di atas perbuatannya meliwat pembantunya, Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Menurut Zahid, Anwar bukanlah menjadi mangsa kezaliman tetapi sebenarnya beliaulah menzalimi dirinya sendiri.

“Bagi Anwar apabila dia tidak didakwa, apabila dia tidak dijatuh hukum, itulah keadilan bagi Anwar. Tapi sekiranya beliau disabitkan kesalahan, dijatuhi hukuman maka itu adalah kezaliman, itulah ketidakadilan bagi beliau.

“Tapi sekiranya beliau terlupa, saya nak ingatkan beliau di mana dalam kes pertamanya dulu,  dia minta penangguhan sebanyak 69 kali. Bukan enam kali, bukan 6.9 kali tetapi 69 kali penangguhan diberi kepada Anwar. Apakah ini keadilan bagi mereka yang juga terlibat dalam kes itu?

“Kalau dulu dia diadili seorang hakim,  kali ini dia diadili oleh tiga orang hakim dan ini lebih telus lagi. Dari segi majoriti, Anwar tetap kalah. 3-1. Namun seperti biasa, beliau takkan menerima keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya,” tegasnya


Tambah beliau, tiba-tiba pula tampil Presiden Bar Council Christopher Leong membuat kenyataan menyelar hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah rayuan lima tahun terhadap Anwar, dengan menyatakan bahawa tidak patut dijatuhkan kerana perlakuan liwat berlaku suka sama suka.


“Jadi dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh dengan kenyataan Presiden Bar Counsil itu sememangnya Anwar buat perkara  itu. Ini disahkan oleh presiden Bar Council dan bukannya orang tepi longkang. Dan sekiranya perkara ini juga satu fitnah bagi beliau,  dan sekiranya Anwar dan Wan Azizah punyai maruah,mereka  patut saman Christopher Leong.

“Ini kerana Wan Azizah berkempen di Kajang,  beliau berkata suaminya dianiya, suaminya suci, bagaimana seorang yang suci, presiden Bar Council boleh kata melakukan hubungan liwat suka sama suka.

“Sebab itu saya minta mereka berdua saman, sekiranya ini perkara ini tidak betul. Tapi kalau mereka tak buat apa-apa tindakan terhadap Presiden Bar Council itu, maka terbukti perkara ini benar,” tegasnya. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.