#prkKajang: #pemudaBN Anjur 'Klinik Badminton Bersama Koo Kien Keat' @azwanbro @chewmeifun @NajibRazak
1 MAC 2014 - [Kemaskini] Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia berjaya menganjurkan Perlawanan Persahabatan & Klinik Badminton bersama dengan pemain profesional badminton negara, Koo Kien Keat di Sport Center Sungai Chua, Kajang bermula jam 8 malam tadi.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun turut menyertai perlawanan persahabatan badminton tersebut menentang regu calon BN bagi PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. Azwan yang berpasangan dengan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon tewas kepada regu Datin Chew Mei Fun dan Koo Kien Keat.
Program tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif Jentera Pemuda BN mendekati golongan muda dan ianya mendapat sambutan menggalakan daripada pengundi-pengundi muda sekitar DUN Hulu Langat.
Azwan dilihat sudah mula menggerakkan jentera Pemuda BN dengan mengadakan beberapa program mendekati pengundi-pengundi sekitar DUN Kajang.
Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pemuda UMNO Malaysia pada pagi ini akan berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu 10, Cheras bermula jam 10 pagi hingga jam 4 petang bagi melaksanakan program 'Apa Kabar Bro'. Program #ApaKabarBro tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi HELB Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Abdul Manap.
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan