Halaman

Sabtu, 12 April 2014

#AkademiPemuda: @Azwanbro Bentang Hasil Kajian Pemahaman Golongan Muda Bandar Mengenai #GST @NajibRazak @Khairykj #pemudaUMNO


Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

Menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, ia adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober tahun lalu.

Akademi Pemuda telah menjalankan tinjauan bagi melihat sejauh mana pemahaman dan penerimaan golongan muda bandar mengenai GST.

Dan hasil dari tinjauan dan kajian tersebut telah dibentangkan kepada pihak media oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia semalam.

Azwan bersama Pengerusi Akademi Pemuda,  Zuhri Aziz .
Sumber gambar - twitter.com/azwanbro
Turut serta di dalam sidang akhbar tersebut ialah Zuhri Aziz, Pengerusi Akademi Pemuda dan Ibdil Ishak, Pengerusi Biro Media Baru PPUM.

Antara yang menarik adalah :


1. Komunikasi online dan sosial media bila digabungkan membentuk 56% sebagai saluran komunikasi respondan muda dalam memahami GST.

2.  Terdapat peningkatan yang tinggi mention yang positif tentang GST (9% pada 16hb Oktober 2013 meningkat 25% pada 10hb April 2014) dan penurunan ketara mention negatif tentang GST iaitu dari 61% pada Nov 2013 turun kepada 33% pada Apr 2014.

3. Namun secara keseluruhan, negatif masih mengatasi positif walaupun perbezaan peratusan turun mendadak iaitu dari 52% pada Nov 2013 (61%- 9%) kepada hanya 8% pada Apr 2014 (33%-25%).

Akademi Pemuda telah mencadangkan beberapa strategi untuk membantu penambahbaikan penyampaian maklumat GST.

PEMAHAMAN DAN PENERIMAAN GOLONGAN MUDA BANDAR (URBAN YOUTH) MENGENAI GST AKADEMI PEMUDA UMNO MALAYSIA 11 APRIL 2014

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sudahpun diluluskan di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 7hb April 2014 baru-baru ini.

Ianya diluluskan setelah melalui proses perbahasan dan pengundian yang luar biasa hangat di antara kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. 

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, kefahaman asas mengenai GST ini sangat penting dan relevan untuk difahami oleh generasi muda. 

Kefahaman kepada GST akan membolehkan generasi muda menilai sendiri mengapa GST diperkenalkan terutama dalam suasana serangan dan hasutan tidak bertanggungjawab sesetengah golongan yang tidak ikhlas membincangkan dan menjelaskan tentang GST. 

Justeru itu, Pemuda UMNO telah menjalankan satu tinjauan umum di kalangan pemuda Bandar (Urban) untuk menilai persepsi, kefahaman dan penerimaan mereka terhadap GST.

Pemuda UMNO juga telah menjalankan satu gerakerja yang berasingan iaitu Kajian Sentimen Sosial Media untuk tujuan yang sama.

KAEDAH KAJIAN AKADEMI PEMUDA 

Pemuda UMNO menjalankan kajian dan tinjauan berdasarkan dua kaedah berikut: 

1)  Tinjauan Umum (polling) yang melibatkan 300 responden orang muda Bandar menggunakan Likert-type scale yang dijalankan dari 8hb April 2014 hingga 10hb April 2014. 

2)  Kajian sentimen sosial media dengan perkataan “GST” yang berasal dari Malaysia dalam jangkamasa 16hb Oktober 2013 hingga 10hb April 2014.

DAPATAN HASIL KAJIAN AKADEMI PEMUDA 

1) Tinjauan Umum

• Tempoh Kajian: 8hb April 2014 - 10hb April 2014 
Gambarajah 1:
Taburan responden mengikut pendapatan bulanan 

Gambarajah 2:
Skor Purata (mean score) terhadap 3 kenyataan dalam tinjauan [Mean Score >3.50 bermakna responden setuju dengan Kenyataan] 

● Skor Purata (mean score) 3.73 untuk kenyataan “Saya tahu tentang GST” menunjukkan bahawa golongan muda bandar mengakui tahu tentang GST . 
● Skor Purata (mean score) 3.33 untuk kenyataan bahawa GST menguntungkan negara menunjukkan yang lebih ramai golongan muda bandar masih belum sedar yang GST menguntungkan negara secara keseluruhan. 
● Skor Purata (mean score) 3.49 untuk kenyataan bahawa Pendidikan Kerajaan tentang GST akan memberi faedah kepada rakyat ialah satu ‘signal’ bahawa program penerangan dan penjelasan perlu diteruskan. 
● Responden telah diminta memilih Medium Komunikasi yang paling sesuai untuk mereka. 

Berikut ialah rumusan maklumbalas:- 

Gambarajah 3: 
Medium Komunikasi paling sesuai pilihan responden

● Komunikasi bersemuka menerima peratusan paling rendah dari responden, iaitu 18% sahaja. 
● Komunikasi online dan sosial media bila digabungkan membentuk 56% daripada pilihan responden. 
● Ini menunjukkan yang golongan muda tidak gemarkan ceramah dan persidangan dalam usaha mereka memahami tentang GST. 

Gambarajah 4: 
Platform komunikasi pilihan responden secara lebih mendalam (5 tertinggi)

● Gambarajah menunjukkan Facebook merupakan platform paling berpengaruh yang mendidik responden tentang GST 
● Gambarajah juga menunjukkan bahawa televisyen masih memainkan peranan yang penting dalam pendidikan GST di kalangan orang muda bandar.

2) Kajian Sentimen Sosial Media

Tempoh Kajian: 16hb Oktober 2013 hingga 10hb April 2014. 

Gambarajah 5:
Sentimen Negatif, Neutral dan Positif tentang GST 
● Terdapat peningkatan yang tinggi mention yang positif tentang GST (9% pada 16hb Oktober 2013 meningkat 25% pada 10hb April 2014) dan penurunan ketara mention negatif tentang GST iaitu dari 61% pada Nov 2013 turun kepada 33% pada Apr 2014. 
● Namun secara keseluruhan, negatif masih mengatasi positif walaupun perbezaan peratusan turun mendadak iaitu dari 52% pada Nov 2013 (61%- 9%) kepada hanya 8% pada Apr 2014 (33%-25%). 
● Jumlah yang paling besar ialah mereka yang membuat komen neutral iaitu setinggi 42% pada April 2014. 

Gambarajah 6: 
Korelasi pemahaman tentang GST dengan sokongan/tentangan terhadap GST
● Ada“direct correlation” antara pemahaman seseorang tentang GST dan sokongankepada GST. 
● 77% daripada mereka yang menyokong GST memahami GST manakala jumlah pemahaman yang paling rendah ialah di kalangan neutral terhadap GST, iaitu pemahaman pada tahap 25% sahaja.

Di sebalik tinjauan umum yang dilakukan, Akademi Pemuda ingin menyampaikan kepada Kerajaan tentang beberapa kerisauan umum generasi muda mengenai pelaksanaan GST nanti. 

Ianya adalah pandangan umum yang kita peroleh melalui kaedah yang sama. 

1. Menambahbaik program penerangan dengan mengambil kira platform baru media sosial untuk golongan muda Bandar. 

2. Kalangan kumpulan berpendapatan sederhana (middle-income) generasi muda mahukan usaha penurunan cukai individu/insentif cukai diberikan penambahan oleh kerajaan dari masa ke semasa. Sebahagiannya sudah dilaksana oleh kerajaan. 

3. Kerajaan mengambil tindakan yang tegas di dalam menangani isu-isu ketirisan yang sering dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG Report). Pendapatan yang bertambah mesti disusuli dengan tadbir kelola kewangan yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab. 

4. Memberi perhatian kepada ‘sistem pelaksanaan’ termasuk penyediaan bantuan teknologi maklumat yang holistik kepada pelaksanaan GST. Tidak ada ruang untuk kesilapan di dalam pelaksanaan GST; 

5. Memberikan tumpuan kepada penambahan produk dan perkhidmatan berkadar sifar dari masa ke semasa, bersesuaian dengan keperluan pengguna. Fasal 17, RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 memberikan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melakukan perkara ini. 

6. Menangani kadar inflasi dengan sebaiknya. Hasil kajian membuktikan akan ada respon pasaran di awal pelaksanaan GST – dan ianya perlu ditangani dengan tegas oleh kerajaan.

7. Mengkaji kemungkinan pengecualian GST kepada bil perkhidmatan internet ‘wifi’ (satu untuk setiap rumah) – ianya satu keperluan sepertimana juga bekalan elektrik dan air.

Akademi Pemuda berikrar akan terus membantu kerajaan di dalam usaha memberikan kefahaman kepada generasi muda mengenai kesan dan impak GST kepada mereka. 

Proses ini tidak bersifat one-off, malah perlu dilaksanakan secara berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.