YPS yakin, peminat bolasepak negeri Perak merasa amat-amat kecewa dengan prestasi Skuad The Bos Gaurus (TBG) yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super.
Yang jelas dan pasti, Skuad Liga Super kesayangan seluruh rakyat Perak akan turun beraksi di Liga Perdana pada musim akan datang jika tiada tindakan untuk mencari dan merawat punca TBG mempamerkan aksi hambar.
Dimana sebenarnya punca kemerosotan pasukan yang sinonim dengan jolokan SELADANG ini??? Tahun sebelum ini, Skuad Seladang menjadi antara top 5 dalam ranking Liga Super Malaysia.
Menurut salah seorang pemain yang enggan namanya disiarkan, The Bos Gaurus sebenarnya mempunyai masalah yang lebih besar berbanding ketumpulan penyerang yang sering digembar gemburkan.
Kegagalan Perak mempamerkan aksi memberangsangkan pada pusingan pertama adalah kerana campur tangan pihak pengurusan dalam memilih pemain kesebelasan utama skuad itu.
Campur tangan pihak pengurusan yang dimaksudkan oleh pemain tersebut jelas merujuk kepada Datuk Azhar selaku Pengurus TBG.
Campurtangan pihak pengurusan jelas menjejaskan pasukan, pengurusan sepatutnya memberi tumpuan hanya kepada bahagian pengurusan.
Selain mengamalkan pilih kasih dalam pemilihan pemain, pihak pengurusan juga menidakkan hak jurulatih untuk memilih pemain yang hendak diturunkan dalam setiap perlawanan.
Menyentuh berkaitan kegagalan pemain import TBG setakat ini, dia juga turut mendakwa pemilihan pemain import juga turut dijalankan oleh pengurusan dan bukan pihak jurulatih sepenuhnya.
"Melalui pemerhatian, sekarang ini jurulatih tidak mempunyai kuasa untuk memilih, kebanyakkannya pengurusan yang membuat pilihan, merekalah yang menguruskan semua," ujarnya.
Dia juga turut memberitahu, pemain dan jurulatih tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka telah berhempas pulas mengikuti latihan yang diberi dan bermain bersungguh-sungguh.
"Dari segi pemain dan jurulatih, kita semua sudah memberikan segalanya, kita beri komitmen yang tidak berbelah bahagi, jadi tidak adil jika kami yang dipersalahkan sepenuhnya," katanya.
Selain pendedahan masalah campur tangan pihak pengurusan, pemain itu juga tidak bersetuju dengan cara pemain yang cedera dilayan oleh pihak pengurusan.
Dakwanya, tindakan menamatkan kontrak Martin Kafando secara serta merta dan menghantar awang import itu pulang adalah tidak adil bagi pemain bola sepak secara keseluruhannya.
Apa yang terjadi pada Kafando itu sesuatu yang menyedihkan kerana dia sudah memberi prestasi yang bagus dan komitmen yang tinggi.
"Bila dia cedera, bukan nak rehatkan, tetapi diberi ubat untuk teruskan bermain, setiap kali sakit diberi ubat untuk teruskan bermain, bila sakit itu melarat dan perlukan pembedahan, terus dihantar pulang ke negara asal," katanya.
Perkara itu telah membuatkan kebanyakkan pemain pasukan TBG takut kerana mereka mungkin menjadi mangsa seterusnya jika mengalami kecederaan kelak, tambahnya lagi.
"Pengurusan perlulah menitik beratkan perkara ini, jika ada pemain yang cedera panjang, mereka seharusnya dijaga betul-betul, dan bukan dibuang serta merta, kita pemain bola, inilah punca rezeki kita, jangan buat kami macam ini," ujarnya.
Namun, para pemain skuad Perak masih optimis ketika ditanya mengenai peluang TBG untuk keluar daripada zon penyingkiran.
"Kita boleh berjaya keluar dari zon maut ini, jika beberapa masalah ini diselesaikan secepat mungkin, dan saya percaya kita tidak akan tersingkir daripada Liga Super," katanya.
Untuk berlaku adil, YPS dan seluruh peminat TBG berharap pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) menyiasat sejauh mana kebenaran perkara yang didedahkan oleh pemain ini.
Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan bukan hanya peminat bolasepak negeri malah para pemain.
Rujukan PerakNews.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.