Halaman

Khamis, 29 Mei 2014

DYTM Raja Dr Nazrin Shah Dijangka Sultan Perak Yang Baru. #DaulatTuanku

DYTM Raja Dr Nazrin Shah, diputerakan pada 27hb November 1956 merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dijangka akan ditabalkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru bagi mengantikan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat tengahari semalam di Institut Jantung Negara.


Raja Iskandar Zulkarnain akan ditabalkan sebagai Raja Muda Perak yang baru, manakala Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Dihilir.

Raja Dr Nazrin Shah, 58 tahun merupakan Putera sulung Almarhum  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.


Raja Dr Nazrin ketika berucap di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011. Klik SINI untuk teks ucapan penuh baginda. 

Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.



Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja.

Hasil perkahwinan, baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah.

Upacara pengisytiharan perlantikan Sultan Perak yang baru dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang, sebelum upacara adat istiadat Pemakaman DiRaja Almarhum Sultan Azlan Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.