Halaman

Khamis, 29 Mei 2014

Raja Dr Nazrin Mu'izzuddin Shah Dimasyhurkan Sbg Sultan Perak ke-35 @azwanbro

DYMM Raja Dr Nazrin Shah, 58 tahun dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.

Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak.

Istiadat berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.

Sebelum pengisytiharan pelantikan tersebut, berlangsung istiadat penghormatan terakhir Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah bertempat di balairong seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Selain ribuan rakyat yang hadir, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun turut meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir bersama orang-orang kenamaan termasuk Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.