Halaman

Ahad, 4 Mei 2014

Lawatan Kerja #pemudaUMNO Msia ke Kelantan @NajibRazak @khairykj @azwanbro @promelayu

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun melakukan lawatan kerja ke Kelantan Darul Naim bagi bertemu ahli serta pemimpin-pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO di sana, semalam.

Lawatan kerja sehari itu bertujuan mengeratkan hubungan serta bertemu ahli sayap parti di beberapa bahagian di negeri yang sinonim dengan gelaran Serambi Mekah itu.


Azwan bergambar bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh.
Beliau memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh bertempat di Arwana Inn Tok Bali.


‘Twitter’ Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin meminta Azwan menyampaikan salam beliau kepada rakyat Kelantan.

Destinasi kedua adalah di Dataran Ikan Bakar Pengkalan Petah Tawang di Bachok bertemu Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok pada jam 3 petang.


Majlis Ramah Mesra bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tumpat merupakan destinasi terakhir dalam siri lawatan kerja Azwan ke negeri Kelantan.


Walkabout Azwan di Bachok. Ditemani Tuan Haji Che Shamzuha selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Azwan serta rombongan Pemuda UMNO Malaysia disambut baik oleh ahli-ahli serta kepimpinan Pemuda UMNO negeri serta bahagian-bahagian yang sempat beliau kunjungi.

Saudara Syamsul Baharin Putra, Pengerusi Biro Tugas Khas Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO negeri Kelantan, Saudara Azam Ismail serta barisan pimpinan Pemuda UMNO negeri turut bersama mengiringi kunjungan Naib Ketua Pemuda UMNO ketiga-tiga bahagian tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.