Halaman

Jumaat, 30 Mei 2014

Ziarah Prihatin @azwanbro & #PemudaBN Ke Rumah Titian Ashraful Rohaniah Teluk Intan @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhairyKJ @ZambryAbdKadir #YayasanTransformasiPasirSalak #YTPS

Azwan dan rombongan Pemuda BN bergambar kenangan bersama pemilik Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Jalan Selabak, Teluk Intan.
Sikap mengambil berat dan prihatin terhadap permasalahan rakyat termasuk golongan kurang upaya Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) terbukti hari ini apabila Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama Ketua Pemuda Parti Gerakan Tan Keng Liang serta jawatankuasa Pemuda BN berkunjung ke Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.

Rumah Titian Ashraful Rohaniah merupakan sebuah pusat penjagaan persendirian yang menempatkan hampir 100 orang penghuni, terdiri dari golongan orang kurang upaya (OKU), anak-anak terbiar dan warga emas.


Azwan menyantuni penghuni Rumah Titian Ashraful Rohaniah
Bagi Azwan sendiri, kunjungan ini merupakan lawatan kali kedua beliau kerana pada 1 Julai 2013 yang lalu beliau pernah mengadakan lawatan ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Kedua-dua pemimpin muda tersebut sempat beramah mesra dan menyantuni penghuni yang kelihatan riang dengan kunjungan Pergerakan Pemuda BN.


Pengurus Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Puan Rohana Saidin.
Menurut pemilik Rumah Titian Ashraful Rohaniah Puan Rohana Saidin, pusat jagaan tersebut telah beroperasi selama 8 tahun di atas tanah dan premis miliknya.

“Saya dan suami membuka pusat ini kerana prihatin dengan nasib mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup terbiar.


Azwan dan rombongan melawat pembinaan premis yang tergendala pembinaannya kerana masalah kewangan.
“Setakat ini kami hanya mampu menerima seramai 70 orang, memandangkan mereka tidak mempunyai ruang yang cukup bagi menampung ramai penghuni,” tambah beliau.

Dengan bantuan beberapa pihak termasuk calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, mereka cuba membesarkan premis sedia ada tetapi pembinaan tergendala kerana masalah kewangan.


Menyerahkan cek sumbangan Yayasan Transformasi Pasir Salak kepada Pengurus Rumah Titian Ashraful Rohaniah.
Dalam kunjungan tersebut, Azwan turut menyerahkan cek sumbangan dari Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) berjumlah RM20 ribu kepada Puan Rohana.

Azwan yang juga Pemegang Amanah YTPS berkata, sumbangan ikhlas YTPS itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan juga sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha murni Rumah Titian Ashraful Rohaniah.

Azwan menyeru agar lebih ramai pihak tampil untuk menderma dan membantu usaha Puan Rohana yang berkorban segalanya demi membela golongan yang kurang bernasib baik ini.

‘Semoga lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada pihak Rumah Titian Ashraful Rohaniah bagi meringankan beban menampung segala keperluan pusat ini,” katanya selepas penyerahan cek sumbangan tersebut.


Jawatankuasa Pemuda AKParti daripada Turki yang dalam rangka lawatan ke Malaysia.
Turut serta dalam Program Ziarah Prihatin Pemuda BN pada hari ini adalah Jawatankuasa Pemuda AK Parti, Turki yang dalam rangka lawatan membalas kunjungan Pemuda UMNO Malaysia ke Turki April lalu.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh lah menghubungi;

Puan Rohana Saidin
No 53B, Kampung Selabak Luar, Batu 3, Jalan Changkat Jong,
36000, Teluk Intan, Perak.
Tel:  013 - 4550013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.