Halaman
▼
Isnin, 14 Julai 2014
@Azwanbro Hadir Program #JomKacauDodol, Lebih 10 Ribu Bekas Diedarkan #HELP #PemudaUMNO #PuteriUMNO #WanitaUMNO
DODOL merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang kian dilupakan di Malaysia ini. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia dan jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Atas inisiatif menghidupkan kembali tradisi tersebut, Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pemuda UMNO dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan program ‘JOM KACAU DODOL 100 KAWAH' yang berlangsung semalam di Masjid Al- Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Program yang bermula seawal jam 9 pagi semalam dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan.
Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Menurut Pengerusi HELP Nazir Husin Akhtar Husin, program tersebut melibatkan 1000 tukang masak yang terdiri dari ahli-ahli sayap pergerakan UMNO termasuk Puteri dan Wanita selain penduduk tempatan serta beberapa NGO.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun turut berkesempatan turun padang menyertai program tersebut.
Melalui foto yang dimuatnaik ke laman sosial oleh beberapa individu yang hadir ke program tersebut, Azwan dilihat turut sama membantu mengacau dodol.
Dalam kemaskini twitternya, Azwan mengucapkan tahniah kepada Pengerusi HELP, Nazir Hussin dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii kerana berjaya menarik dan melibatkan pelbagai golongan masyarakat menyertai program tersebut.
"Sebanyak 10,000 bekas dodol berjaya dihasilkan dan diagihkan di setiap parlimen serta di kawasan sekitar termasuk di bazaar-bazaar Ramadan," kata Azwan yang juga akan menghadiri satu lagi program Kacau Dodol anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Klang pada sebelah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.