Halaman

Ahad, 13 Julai 2014

#KamiPrihatin: @Azwanbro Turun Padang Mendekati Gelendangan Sekitar Ibukota @NajibRazak @KhairyKJ #PemudaUMNO


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun awal pagi ini meluangkan masa turun padang mendekati golongan gelendangan sekitar ibukota Kuala Lumpur.

Program yang dinamakan 'Kami Prihatin' anjuran Biro Briged Kesatria Muda UMNO bersama gabungan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) mengadakan lawatan sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Bonus, Jalan Tun Perak, Dataran Maybank dan berakhir perkarangan Bangunan Cahaya Suria.

Selain bertanya khabar, Azwan cuba menyelami hidup gelendangan yang ditemui sambil menyampaikan sumbangan berupa makanan serta minuman.



Pada 10 Julai yang lalu, Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib turut turun padang mendekati golongan gelendangan sekitar Jalan Tun Perak.

Hasil lawatan tersebut, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mencari lokasi sesuai bagi membina penempatan untuk gelendangan berkenaan.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, penempatan itu nanti akan menyediakan berapa kemudahan termasuk tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan serta keselamatan.

Bercakap kepada media selepas lawatan tersebut, Azwan mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyediakan penempatan yang lebih selesa buat mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal ini.

“Kita juga berharap selain tempat tidur kerajaan turut menyediakan pusat rawatan kesihatan dan makanan percuma kepada golongan ini memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

“Dengan penempatan itu nanti, kita boleh menyediakan rekod perihal setiap gelendangan bagi memudahkan urusan bantuan yang boleh disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Baitulmal,” katanya.

Berikut senarai NGO yang menganjur dan menyertai Program 'Kami Prihatin' :-

  1. Briged Kesatria Muda,
  2. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Pemuda UMNO Selangor,
  3. Suara Anak Muda 1Malaysia,
  4. Riders United,
  5. Yayasan Pertanian 1Malaysia, 
  6. Selawat Perdana, 
  7. PVTM, 
  8. MJMM , 
  9. Biro Ta'lim Al-aly,
  10. Bloggers dan Media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.