Halaman

Khamis, 10 Julai 2014

JEMPUT HADIR: Solat Hajat Mendoakan Kesejahteraan Palestin Anjuran #UMNOMsia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Azwanbro #Pray4Gaza #PWTC


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun menjemput rakyat Malaysia hadir beramai-ramai ke Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 JULAI (JUMAAT), bagi bersama-sama kepimpinan negara mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Palestin yang berdepan dengan kekejaman Israel.

Solat hajat anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia dijangka bermula selepas solat Maghrib akan turut disertai oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang lain.

Tentera Israel telah melancarkan kira-kira 430 serangan ke atas Gaza sejak tiga hari lalu dengan angka korban penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis itu meningkat kepada 38 orang termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita. Klik SINI.

YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel tersebut selain mendesak serangan yang mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa itu dihentikan serta merta.

Terdahulu, majlis berbuka puasa bersama kepimpinan tertinggi UMNO akan turut diadakan di Dewan Merdeka yang akan disertai para pemimpin kompenan Barisan Nasional (BN) dan anak-anak yatim. Turut diadakan solat terawih.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk bersama-sama dalam iftar dan menunaikan tanggungjawab mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.