Halaman

Jumaat, 11 Julai 2014

#SolidarityForPalestin: Himpunan Aman #PemudaUMNO Kecam Rejim Israel @najibrazak @khairykj @azwanbro @PPUMonline #Pray4GAZA


Serangan udara bertubi-tubi oleh Rejim Israel ke atas Gaza sejak empat hari lepas kini mencecah 90 orang dengan lebih ratusan orang awam cedera.

Apa yang menyedihkan, Israel mensasarkan serangan ke atas penempatan awam yang mengorbankan orang awam termasuk wanita dan juga kanak-kanak.

Dengan perkembangan yang membimbangkan itu, Pemuda UMNO tampil mengadakan demonstrasi aman selepas solat Jumaat di perkarangan bangunan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Himpunan yang dinamakan ‘Solidarity For Palestin’ mengecam tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.


Bercakap kepada pemberita, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya menyelar sekeras-kerasnya tindakan dan sikap kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin terutamanya dalam bulan Ramadan.

Pemuda UMNO meminta kerajaan menggunakan segala saluran diplomatik atau ekonomi untuk membantu mengurangkan kesengsaraan penduduk Palestin yang diserang Israel di Gaza.

"Kita minta kerajaan berusaha melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan mungkin Amerika sendiri bagi memberi tekanan kepada  kerajaan Israel.

"Kita sedia menawarkan khidmat bakti sukarela sekiranya ada misi kemanusiaan yang dihantar kerajaan terutama badan kebajikan UMNO sendiri," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii serta beberapa orang EXCO Pemuda turut bersama hadir menyertai himpunan aman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Pemuda UMNO telah mengadakan Majlis Solat Hajat memohon keselamatan dan keamanan masa depan Palestin malam tadi di Surau Ar Rahman, Putra World Trade Centre, PWTC selepas solat Isya' malam tadi.

Azwan meminta rakyat khususnya ahli pemuda di seluruh negara turut mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing dan berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Gaza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.