Halaman

Selasa, 8 Julai 2014

#PakatanRakyat Belum Mampu Tadbir Negara - @KhairyKJ @NajibRazak @Azwanbro @PPUMonline @anwaribrahim @khalid_ibrahim


Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan dalam kerajaan negeri Selangor memberi mesej jelas bahawa gabungan parti itu belum bersedia memerintah sebuah negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka adalah lemah.

"Ini memberi gambaran jelas bahawa PR masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun.

"Menteri Besar yang ada sekarang pula tidak dapat sokongan daripada pemimpin parti menyebabkan timbul pula krisis air dan sebagainya, jadi apakah mesej yang cuba mereka (PR) sampaikan kepada rakyat?" katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim anjuran Pemuda Umno Selangor di sini semalam.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan tekanan hebat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat sendiri sehingga ada yang mendesaknya meletakkan jawatan.

Jelas Khairy, krisis jawatan itu ibarat memberi tamparan hebat kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kerana dilihat masih tidak dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu memilih seorang menteri besar yang diterima ramai.

Yang pasti, pergeseran kepimpinan pimpinan Pakatan Rakyat dengan jelas mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mentadbir urus Negeri Selangor dengan baik.

Itu hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat Selangor, yang sebahagian besar memilih Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Mei tahun lalu.

Kesudahannya, kepimpinan UMNO & Barisan Nasional (BN) terpaksa turun padang membantu menyelesaikan permasalahan rakyat Selangor.

Masalah air, masalah sampah, masalah pembangunan, masalah sosial termasuk masalah penyakit yang menimpa rakyat diabaikan akibat perebutan kerusi Menteri Besar.



Ahad lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun bersama gabungan NGO mengambil inisiatif untuk turun padang bagi memberi kesedaran bahaya penyakit demam denggi yang telah mengorbankan nyawa rakyat di Selangor.

Selanjutnya, baca di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.