Halaman

Sabtu, 12 Julai 2014

Tarikh Mesyuarat UMNO Bahagian Dilanjut Hingga 30 September


Mesyuarat UMNO Bahagian yang dijadual bermula 8 Ogos hingga 14 September dilanjutkan tarikh persidangannya kepada 30 Setember, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jelas beliau, ini dibuat memandangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 25-29 November 2014.

Perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan yang berdiri teguh dalam perjuangan hak rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap serangan kepada orang-orang awam.

“MT juga menyarankan supaya sembahyang hajat dilakukan di seluruh negara di peringkat bahagian-bahagian dan akan turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan tersebut apabila tiba masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, petang semalam.

Tentera Israel telah melancarkan kira-kira 430 serangan ke atas Gaza sejak tiga hari lalu dengan angka korban penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis itu meningkat puluhan korban termasuk kanak-kanak dan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.