Halaman

Selasa, 26 Ogos 2014

#KemelutSelangor: DYMM Sultan Selangor Tangguh Peletakan Jawatan Khalid, Titah PR Cadang Lebih Dari 2 Nama


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini memperkenankan peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Sultan Selangor bagaimanapun menitahkan Khalid kekal di jawatan itu sehingga menteri besar baru dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

“Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baru selesai,” tulisnya.


Sultan Selangor turut menitahkan agar Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan SUK, di sini, sebentar tadi.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.