Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

#PRKPengkalanKubor: Pemuda mahu BN Tampilkan Calon Muda @MuhyiddinYassin @azwanbro #peremajaanparti #transformasipolitik #pemudaBN

Azwan berucap dalam satu pertemuan bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Kelantan di Tumpat kelmarin.
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamarudin diberi peluang untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, bulan hadapan.

Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN, Khairul Azwan Harun berkata, Rosidi yang telah dua penggal menjadi Ketua Pemuda Bahagian itu merupakan anak tempatan di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Azam Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Tumpat, Rosidi menyambut kunjungan Azwan ke Tumpat.
"Berdasarkan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira 43 peratus pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor merupakan mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Sehubungan itu, Azwan berpendapat sekiranya BN meletakkan calon muda, lebih mudah untuk mereka menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin (berbaju hitam).
"Saudara Rosidi merupakan anak tempatan dan sudah tentu beliau tahu kehendak masyarakat di situ, tambahan lagi beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik," katanya.

"Pemuda UMNO Malaysia pada Mesyuarat EXCO Rabu lalu telah bersepakat untuk mencadangkan nama Rosidi sebagai calon PRK Pengkalan Kubor dan ianya telah diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi parti.

Azwan berkata, beberapa isu kebelakangan ini, seperti pergolakan di Selangor serba sedikit memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Azwan yang juga Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun dijemput merasmi dan menyampaikan hadiah kecemerlangan sekolah berkenaan Jumaat lalu.
"Saya harap pengundi di DUN Pengkalan Kubor dapat melihat betapa rapuhnya ikatan Pakatan Rakyat dalam banyak isu sejak kebelakangan ini," ujar beliau selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum di SMK Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada Jumaat yang lalu.

Beliau menambah, legasi yang ditinggalkan oleh wakil rakyat terdahulu juga menjadi antara faktor penyumbang kerana rakyat di Pengkalan Kubor sudah serasi dengan wakil rakyat BN.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu ketika menjalani rawatan penyakit barah yang dihadapinya di Guangzhou, China.

SPR telah mengumumkan bahawa 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 September sebagai hari mengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.