Halaman

Ahad, 21 September 2014

#PPRKPengkalanKubor: 96.3% Pengundi Awal Tunai Tanggungjawab #BN4N01


Peratusan keluar mengundi awal PRK Dun Pengkalan Kubor mencatatkan 96.3 peratus atau 105 daripada 109 pengundi berdaftar telah membuang undi apabila pusat pembuangan undi ditutup jam 3 petang tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu meliputi anggota polis bagi kawasan ini.

"Selepas pusat pengundian ditutup pada jam 3 petang tadi, saya sahkan bahawa hanya 105 pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka.

"Baki empat lagi, seorang sakit (MC), seorang digantung tugas, seorang bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi bertugas di Lahad Datu," katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya lagi, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian kali ini yang dilihatnya sebagai sangat baik.

"Saya sangat berpuas hati, perjalanan hari mengundi hari ini berlangsung dengan penuh aman," katanya.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, calon BN, Mat Razi Mat Ail dan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal Dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi menewaskan Saharun Ibrahim dari PKR dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya meraih 65 undi.

Dun Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.