Halaman

Sabtu, 20 September 2014

#PRKPengkalanKubor: 5 Hari Berkempen, Penerimaan Pengundi Muda Amat Baik @azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhairyKJ #PemudaBN #BN4N01



Dalam usaha Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Pengkalan Kubor, pelbagai gerak kerja dijalankan oleh jentera pilihanraya BN sejak hari penamaan calon.

Antara sayap parti yang bertungkus lumus mengadakan pelbagai aktiviti bagi mendekati pengundi adalah jentera pilihanraya Pemuda BN.


Diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin serta Naib beliau Khairul Azwan Harun, jentera pemuda UMNO menjelajahi 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terdapat di DUN Pengkalan Kubor.


Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Azwan menggalas peranan besar sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi setiap pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan.

Sejak memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda pada Pemilihan UMNO tahun lalu, Azwan telah memimpin jentera Pemuda BN bermula dari PRK DUN Sungai Limau (Kedah), PRK DUN Kajang (Selangor), PRK Parlimen Teluk Intan (Perak) dan terkini PRK DUN Pengkalan Kubor (Kelantan).


Menurut beliau, sepanjang 5 hari berkempen sejak hari penamaan calun, penerimaan pengundi khususnya pengundi muda menunjukkan tanda-tanda positif bahawa mereka akan mengundi BN pada hari pengundian nanti.


"Kita hampir ke 5 hari proses berkempen, Alhamdulillah saya dapat lihat penerimaan generasi muda khususnya pengundi muda Pengkalan Kubor terhadap pendekatan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutama pemimpin muda YB KJ dan saya begitu positif, begitu baik," katanya.


"Kita juga sedia maklum 43 peratus daripada keseluruhan pengundi Pengkalan Kubor ini adalah terdiri dari mereka yang berumur 40 tahun kebawah.


Tambah Azwan lagi, dengan jumlah yang agak besar, beliau berpendapat undian pengundi muda boleh dikategorikan sebagai blok penentu kepada kemenangan calun BN nanti.


"Jadi sudah tentulah peranan pemuda semasa mengundi ini untuk mendekati mereka dengan lebih dekat.


"Dan apa yang kita bawa hari ini adalah sesuatu yang berbentuk santai, rumah ke rumah termasuk menganjurkan program dan aktiviti yang menjiwai hati dan perasaan mereka terutama penduduk generasi muda di kawasan Pengkalan Kubor," jelas beliau lagi.


Menjawab persepsi yang mengatakan Pemuda UMNO hanya turun padang pada musim pilihanraya, Azwan menegaskan bahawa Pemuda UMNO Bahagian Tumpat dibawah pimpinan Rosidi Mahmud Kamarudin sentiasa melakukan aktiviti turun padang sejak bertahun lamanya.


Dibawah legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham YB Datuk Noor Zahidi, Azwan menyifatkan segala gerak kerja kempen Pemuda BN berjalan lancar dan diterima baik oleh pengundi Pengkalan Kubor.


 "Saya tengok tidak kekok bagi jentera Pemuda BN dan penerimaannya cukup baik.


Azwan turut melahirkan keyakinan bahawa generasi muda akan terus memberi sokongan dan undi kepada calun Barisan Nasional.


"Saya ada keyakinan... In Shaa Allah generasi muda akan terus memberi sokongan dan undi kepada calon Barisan Nasional," ujar Azwan menamatkan perbualan untuk meneruskan kempen bersama jentera beliau.


PRK Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September depan ekoran kematian ADUNnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57 tahun,  di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.