Halaman

Ahad, 19 Oktober 2014

27 Pelajar #DUNSgManik Terima Cek Dermasiswa Pendidikan #YayasanPerak @ZambryAbdKadir @ZainolFadzi #SPM



Kerajaan Negeri Perak pada setiap tahun memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada Yayasan Perak bagi pemberian dermasiswa dan bantuan pelajaran.

Peruntukan tersebut disediakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak dan terpilih melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau menyambung pengajian.

Pagi ini, seramai 27 orang pelajar dari DUN Sungai Manik yang akan menyambung pengajian telah menerima cek biasiswa Yayasan Perak dalam satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Yayasan Perak bertempat di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Langkap.

Cek dermasiswa tersebut disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin.

Menurut Dato' Zainol yang juga ADUN kawasan Sungai Manik, keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Perak yang memenuhi syarat termasuklah keluarga yang ramai dan berpendapatan rendah.

"Pelajar perlu mendapatkan keputusan cemerlang bagi melayakkan mereka menyambung pendidikan keperingkat institut pengajian yang lebih tinggi.

"Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak akan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara,"ujarnya.

Beliau berharap agar para pelajar yang menerima bantuan tersebut berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita untuk berjaya.

"Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak menjadi dorongan untuk anda semua berusaha bersungguh-sungguh mengejar cita-cita," katanya lagi.

Daripada 27 orang penerima biasiswa tersebut yang melibatkan sejumlah RM11,500.00, 17 pelajar akan menyambung pelajaran peringkat diploma manakala selebihnya menyambung pengajian peringkat sijil.

Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).



Selepas majlis penyampaian cek, YB Dato' Zainol menyampaikan pula sumbangan kotak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada 30 penerima beragama Hindu sempena Deepavali yang akan disambut oleh mereka pada 22hb Oktober depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.