Halaman

Isnin, 20 Oktober 2014

Letakkan Kesepaduan & Jalur Persefahaman Yg Sama Demi Kekalkan Keharmonian Sedia Ada - @Azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin #Gerakan #BarisanNasional


Seorang perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dalam Persidangan Perwakilan Nasional ke-43 parti tersebut yang berlangsung semalam telah menimbulkan provokasi dengan menyifatkan Melayu adalah bangsa pendatang seperti juga bangsa Cina dan India.

Tan Sai Loon, perwakilan yang mewakili negeri Johor dalam ucapannya berkata, biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal.

Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah penting untuk kita meletakkan kesepaduan dan mempunyai jalur persefahaman yang sama dalam mengekalkan keharmonian sedia ada.

Demikian respon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun yang dipetik melalui kemaskini facebook beliau ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh Tan Sai Loon.

Azwan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia membidas kenyataan Tan dan mengingatkan agar tiada mana-mana pihak memperkecilkan peranan rakan komponen.

UMNO sebagai parti tunjang BN sentiasa menghargai sumbangan rakan mereka biar sekecil mana pun.

"Jangan merasa hebat dan besar kepala jika sumbangan yang diberikan hanya kurang sekangkang kera. 

Tambah Azwan lagi, sebelum memperkecilkan peranan rakan komponen, wajar untuk kita sukat sejauh mana sumbangan yang kita telah berikan dalam kesepaduan ini.

Rakan-rakan parti komponen perlu mengimbau keputusan Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu, dan menjadikannya iktibar serta tanda aras untuk terus bekerja keras demi memastikan BN terus kekal mentadbir Malaysia.

Azwan juga menggesa agar rakan-rakan parti komponen fokus dalam merencana penambahbaikan institusi masing-masing demi memastikan sokongan rakyat kembali kepada BN.

"Jika tiada apa yang bijak untuk diperkatakan adalah baik untuk mereka fokus dalam merencana penambahbaikan institusi mereka sendiri.

"Keharmonian & toleransi ini adalah hasil kesepakatan yang telah dipupuk sekian lama, dan janganlah kita memandang enteng serta memandang kecil kesepakatan ini," tegas Azwan lagi.

Bagi menjaga keharmonian dan toleransi yang telah dipupuk sekian lama, Azwan mendesak agar Presiden Gerakan, Mah Siew Keong mengambil tindakan tegas terhadap perwakilan Johor tersebut.

"Tiba masa Presiden Parti Gerakan Malaysia mengotakan janji beliau untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti seperti Tan Lai Soon, kerana memainkan isu perkauman.

Dan terkini, Tan Lai Soon diberitakan telah digantung keahliannya dan dikehendaki mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin atau pemecatan dari parti tidak harus diambil terhadap beliau.

Menurut Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, pihaknya turut mengecam kenyataan yang dikeluarkan Tan Lai Soon semalam sambil menegaskan bahawa kenyataan Tan tersebut bukan merupakan pendirian parti Gerakan. 

“Kami turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah tersinggung dengan kenyataan tersebut. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa Gerakan adalah sebuah parti untuk semua bangsa dan kami tidak akan sekali-kali membenarkan kenyataan yang tidak bercirikan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.