Guru dan pelajar Tingkatan 3 SMK Sungai Ranggam bergambar bersama Ramelle dan ahli jawatankuasa YTPS selepas penyampaian sumbangan. |
Atas komitmen ingin melihat pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berjaya, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) pada hari ini telah berkunjung ke 4 buah sekolah di DUN Kampung Gajah bagi menyampaikan motivasi dan sumbangan set alat tulis kepada calon-calon PT3 yang akan mengambil peperiksaan tersebut pada 13 Oktober depan.
Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli mengetuai delegasi YTPS seawal 9 pagi bermula di SMA Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah bagi bertemu dan menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon-calon PT3 sekolah berkenaan.
Selain SMA Ehyak Diniah Islamiah, tiga buah sekolah yang terpilih dan dikunjungi oleh YTPS adalah SMK Changkat Lada, SMK Sungai Ranggam dan SMK Sultan Abdul Jalil Shah.
Seramai 416 orang calon PT3 dari 4 buah sekolah tersebut, 53 orang di SMA Ehyak Diniah Islamiah, 78 orang dari SMK Changkat Lada, 110 orang dari SMK Sungai Ranggam dan 175 orang di SMK Sultan Abdul Jalil Shah telah menerima sumbangan set lengkap alatan menulis sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan PT3 nanti.
"Yang paling utama dalam hidup kita adalah Allah, kasih sayang kita terhadap Allah dan agamaNya.
Menurutnya, sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah, kita wajib berusaha dan berjaya didalam kehidupan kita.
"Seterusnya, matlamat hidup kita adalah mencapai kejayaan. Jika kita berjaya, kita mampu mencapai apa juga impian kita.
"Jadikan PT3 ini sebagai permulaan untuk kita berjaya. Dan pesan saya, selepas anda semua berjaya, tolong menyumbang kepada masyarakat kita," ujarnya sebelum menyampaikan set alat tulis kepada para pelajar.
Pada 14 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan peperiksaan PT3 bagi menggantikan PMR bermula 1 Julai lepas dan ia dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai.
Ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pula telah dilakukan didalam tempoh 6 hingga 29 Ogos yang lalu.
Bermula 12 hingga 17 Oktober ini, pelajar Tingkatan 3 akan menjalani ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.