Halaman

Selasa, 4 November 2014

Tiada Wakil Muda Dilantik Senator, Sampai Bila #PeremajaanParti Soal @Armand_pju @NajibRazak @MuhyiddinYassin #KesatriaMuda #TransformasiPolitik

Armand Azha, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Perlantikan 3 Ahli Dewan Rakyat semalam mengundang rasa kecewa dikalangan segelintir rakyat khususnya golongan muda apabila tiada wakil mereka dilantik ke jawatan tersebut.

Luahan rasa kekecewaan tersebut dapat dilihat dilaman media sosial facebook, twitter dan sebagainya.

Antara pimpinan muda yg menzahirkan rasa kecewa tersebut adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda sayap UMNO tersebut.

Memetik muatnaik status facebooknya, beliau menuntut agar pimpinan muda yang konsisten dalam gerak kerja diberi ruang dan peluang sebagai senator muda.

"Sampai bilakah nak ada peluang untuk berikan peluang dan ruang bagi pimpinan muda yang konsisten dalam gerak kerja sebagai senator muda bagi mengangkat agenda yang dilaungkan transformasi politik.

"PRU14 pengundi muda akan bertambah dan rata-rata anak muda mahukan pimpinan gabungan antara baru dan lama bagi memantapkan dasar-dasar kerajaan," ujarnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan sampai bilakah pihak yang berkenaan mahu membuka mata tentang kepentingan suara orang muda dalam pembuat dasar.

Bagi YPS, apa yang diluahkan oleh Armand ada kebenarannya, kerana pihak kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Razak sendiri telah bercakap soal peremajaan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 yang lalu.

Jika kepimpinan tertinggi parti mahu UMNO diterima sebagai sebuah parti yang memperjuangkan aspirasi serta kepentingan golongan muda, pimpinan muda perlu dilibatkan secara langsung sebagai pembuat dasar.


Justeru, seperti yang disuarakan oleh Arman, pimpinan muda yang konsisten dalam gerak kerja perlu diberi kepercayaan untuk bersama-sama dengan pemimpin lama, bergabung menyumbang idea dalam memantapkan dasar-dasar kerajaan khususnya melibatkan kepentingan orang muda.

Diharapkan, pada PAU 2014 penghujung November ini, Pemuda dan Puteri akan membangkitkan isu ini.

Nalla (atas), Dr Ibrahim Shah (tengah) dan Haji Abd Halim (bawah) mengangkat sumpah sebagai senator semalam.
Antara 3 individu yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara semalam adalah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) , YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi KUB Malaysia Berhad, YB Senator Datuk Seri Haji Abd Halim Abd Samad dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), YB Senator Datuk Seri Nallakaruppan a/l Solaimalai.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang kira-kira jam 10 pagi di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Nallakaruppan a/l Solaimalai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua

Manakala YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, 66, dan YB Senator Datuk Seri Haji Abd Halim Abd Samad, 74, dilantik untuk penggal pertama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.