Halaman

Ahad, 2 November 2014

TPM @MuhyiddinYassin Sokong #KekalAktaHasutan @NajibRazak @Azwanbro


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong supaya Akta Hasutan dikekalkan, dalam membendung usaha pihak tertentu yang cuba menghasut terutama membangkitkan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Beliau menegaskan, UMNO sebagai parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terlibat yang sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.

“Kita tidak akan berkompromi. Kalau ada pihak yang mencabar apa lagi kalau Islam jadi sebahagian daripada Perlembagaan Negara, sudah jadi sebahagian penting dalam undang-undang. Kalau tidak boleh ungkit, jangan ungkit. Itu hasutan!

“Kalau hasutan mesti ada undang-undang untuk bertindak terhadap mereka yang suka menghasut sehingga boleh menimbulkan porak-peranda dalam negara kita.

“Sebab itu dalam soal ini, secara peribadi saya katakan Akta Hasutan itu mesti kekal,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Hotel Primula di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.