Halaman

Isnin, 3 November 2014

@Azwanbro & #YTPS Doa Kejayaan Calon #SPM #STPM 2014 @NajibRazak @zainolfadzi #PemudaUMNO


Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) berharap para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bermula pagi ini dapat melakukan yang terbaik dan mendoakan agar mereka mencapai kejayaan cemerlang.

Pengerusinya Khairul Azwan Harun menasihati seluruh calon-calon SPM dan STPM agar melakukan yang terbaik dan memahami serta menjawab kesemua soalan dengan tenang.

“Kepada calon-calon SPM dan STPM, lakukanlah yang terbaik. Fahami kehendak soalan dan hadapi peperiksaan dengan tenang. Insya-Allah, anda semua bakal beroleh kejayaan.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru.

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 30 Oktober lalu telah menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat bertempat di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah bagi mendoakan kejayaan buat mereka.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan set lengkap alat tulis kepada 1079 calon SPM dan 186 calon STPM dari 5 buah SMK di Parlimen Pasir Salak. Berita penuh di SINI.

Seramai 455,839 orang pelajar di seluruh negara akan menduduki peperiksaan SPM manakala calon STPM adalah seramai 48,719 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.