Halaman

Sabtu, 20 Disember 2014

Rumah Jiran YPS Hangus, DUN Kg Gajah Perlukan Kemudahan Balai Bomba @mpkotabelud @ZambryAbdKadir @Azwanbro


SEBUAH rumah milik seorang wanita warga emas yang juga jiran YPS musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Toh Paduka Raja, Pulau Tiga, Perak.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.15 pagi tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas.

Kebakaran disedari oleh anak YPS namun tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan api marak terlalu cepat.

YPS yang kebetulan berada di Seri Iskandar segera ke Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seri Iskandar untuk melaporkan kejadian tersebut setelah menerima panggilan daripada keluarga.

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian tetapi rumah tersebut telah hangus memandangkan jarak diantara balai bomba ke rumah berkenaan memakan masa 35 minit perjalanan.

Bagaimanapun warga emas yang tinggal berseorangan itu selamat kerana ketika kejadian beliau berkunjung dan menetap sementara di rumah anaknya di Shah Alam.

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DI KAMPUNG GAJAH.


Senarai nama kampung di DUN Kampung Gajah
Sumber: Wikipedia
YPS mewakili penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah berharap agar kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah kemudahan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kampung Gajah.

Merujuk kepada kejadian yang menimpa jiran YPS, keperluan menempatkan sebuah balai bomba dengan kelengkapan sekurang-kurangnya sebuah jentera amatlah diperlukan bagi menangani kes kebakaran mahupun kemalangan yang berlaku di kawasan sekitarnya.

YPS bernasib baik kerana kebakaran tersebut tidak merebak ke premis yang YPS serta keluarga diami memandangkan jaraknya agak jauh sedikit.

Memang mustahil pihak bomba mampu memadamkan kebakaran dan menyelamatkan sebuah premis yang terlibat biarpun jarak balai bomba berdekatan.

Tetapi, apa yang penting ketibaan awal pasukan bomba mampu memadamkan api dari terus merebak membakar premis-premis yang berdekatan dengan punca kebakaran.

DUN Kampung Gajah meliputi 42 kampung terbahagi kepada dua Zon, Zon Anak Sungai dan Zon Kampung Gajah di bawah Parlimen Pasir Salak.

Selain kampung-kampung tradisional yang terdapat di DUN Kampung Gajah, populasi penduduk berkembang apabila FELCRA membangunkan kawasan pertanian Seberang Perak dan Changkat Lada. 

Pembangunan pesat Kampung Gajah yang merupakan salah satu pusat pentadbiran di Perak Tengah, adalah wajar agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan segera kemudahan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan ini.

Diharapkan agar ADUN Kawasan Kampung Gajah, YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato' Ahmad Ghazali serta Ahli Parlimen Pasir Salak YB Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman memanjangkan perkara ini kepada pihak kerajaan agar kemudahan ini dapat segera dilaksanakan.

Jarak diantara Balai Bomba di Teluk Intan dan Seri Iskandar adalah jauh dan ini menyukarkan misi menyelamat serta memadamkan api jika berlaku situasi mencemaskan seperti kebakaran atau pun kemalangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.