Halaman

Selasa, 30 Disember 2014

#YayasanTransformasiPasirSalak Turut Hulur Bantuan Kpd Mangsa Banjir @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Azwanbro @zainolfadzi #YTPS #Pray4KgGajah



Kampung Gajah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak Khamis minggu lalu. 

Hampir 2000 mangsa telah dipindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di DUN Kampung Gajah, dan terbaru sebuah PPS turut dibuka di SK Datuk Yahya Suban bagi menampung mangsa banjir di DUN Sungai Manik.

Selain Pusat Latihan UiTM Sg Galah dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Pusat Latihan FELCRA, Seberang Perak.

Kesemua mangsa yang berada di PPS Dewan Millenium dan SK Dato' Sagor telah dipindahkan ke Pusat Latihan UiTM dan MRSM akibat kedua-dua PPS telah dinaiki air.

Pihak Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir yang dianggap paling buruk pernah melanda Kampung Gajah.

Penaung YTPS, Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bersama dengan Squad Banjir YTPS melawat kawasan-kawasan yang terjejas sekitar DUN Kampung Gajah sambil manyampaikan bantuan kepada ketua-ketua kampung bagi diagihkan kepada penduduk yang tidak berpindah ke PPS, selepas solat Maghrib malam semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan orangramai yang berjaya dikumpulkan oleh Kelab Belia Langkap kepada Pusat Pemindahan Sementara yang memerlukan.

Dato' Zainol yang juga ADUN Kawasan Sungai Manik sentiasa memantau keadaan mangsa-mangsa PPS Datuk Yahya Suban yang menempatkan penduduk Kg Permatang Pelanduk yang turut dinaiki air. 

Pada keesokan harinya, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli bersama dengan Squad Banjir YTPS menaiki bot serta meredah air banjir bagi menyampaikan bantuan makanan dari rumah ke rumah.

Squad Banjir YTPS dengan kerjasama NMC Transportation & Towing Services juga menyediakan perkhidmatan pindah barang dan menunda kenderaan penduduk yang rosak akibat bencana ini.

Selain menyampaikan bantuan makanan, pihak YTPS turut merangka beberapa bantuan yang perlu bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya di Parlimen Pasir Salak.

Sehingga kesaat artikel ini ditulis, limpahan air Sungai Perak yang menjadi punca banjir masih kekal melebihi paras bahaya iaitu 7.00m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.