Halaman

Sabtu, 28 Februari 2015

Kempen #JomDaftarPemuda Berjaya Tarik Lebih 8 Ribu Anak Muda - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak #PeremajaanParti #PemudaUMNO


Pada 13 Februari lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melancarkan kempen #JomDaftarPemuda dalam usaha mereka menarik minat golongan muda menyertai sayap parti itu. 

Sejak dilancarkan sehingga semalam, lebih 8,000 anak muda telah mendaftar untuk menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, kempen yang digerakkan oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda itu turut mensasarkan sebanyak 120,000 anak muda menyertai sayap parti itu sebelum akhir tahun ini.

"Ini sejajar dengan hasrat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menjadikan Pergerakan Pemuda lebih memahami denyut nadi anak muda dengan membuka seluas-luasnya ruang bagi mereka menyertai UMNO," katanya.

Azwanbro merasmikan pelancaran #JomDaftarPemuda peringkat negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh, minggu lalu.
Tambah beliau lagi, Pemuda juga sudah menyegarkan jentera dengan kempen dan langkah proaktif pendaftaran ahli baru yang dijalankan secara besar-besaran.

"Kita ambil iktibar dari hasrat pemimpin akar umbi untuk melihat peremajaan di dalam parti.

"Dengan gerak kerja yang tersusun dan realistik termasuk jangkaan 9,000 ahli baru pada penghujung Februari ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih yakin sasaran 120,000 ahli baru dapat dicapai menjelang penghujung tahun 2015," jelasnya.

Isu peremajaan adalah antara topik yang hangat pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Ia turut mendapat pelbagai respon positif di media sosial pada ketika itu.

Ramai yang menyambut baik cadangan itu terutama sekali dalam meremajakan pemikiran ahli UMNO dari semua generasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.