Halaman

Isnin, 2 Mac 2015

#NKPUM @Azwanbro Cabar @TonyPua & @RafiziRamli Bertemu CEO #1MDB Kemukakan Bukti @NajibRazak @KhairyKJ #PemudaUMNO


Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua dan Naib Presiden PKR dicabar untuk membuat kunjungan hormat bertemu Ketua Pegawai Eksekuti. (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dari terus membuat andaian serta tuduhan lemah mengenai syarikat berkenaan.

Cabaran tersebut dikemukakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun ketika mengulas kenyataan Tony yang mencabar Arul supaya memberikan keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai hal ehwal firma pelaburan itu.

Azwan turut mempertikaikan kredibiliti dan integriti Tony dan Rafizi kerana kedua-duanya selama ini dilihat kerap bermain dengan spekulasi semata-mata tanpa asas serta bukti yang kukuh.

"Adakah mereka semata-mata bermain dengan andaian. Maka mereka berdua tiada kredibiliti dan integriti.

"Kalau ada bukti terus kemukakan ke Arul. Kalau banyak sangat bukti, tunggu apa lagi.

Arul sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada seorang individu yang tampil bertemunya walaupun sudah membuka 'pintu' untuk memberi penerangan.

Kenyataan Arul itu dikeluarkan selepas mengumumkan pembayaran penuh pinjaman berjumlah RM2 bilion sekali gus membuktikan dakwaan pelbagai pihak kononnya 1MDB gagal membayar hutang.

"Arul sudah jemput, sudah buka 'pintu' tetapi Tony dan Rafizi tidak pula pergi berjumpa. Mungkin kedua-dua mereka ini kurang bijak dan lebih gemar membuat spekulasi sahaja," bidas beliau.

"Jangan hanya pandai menuding jari. Tindakan Tony dan Rafizi tidak ubah seperti peribahasa 'baling batu sembunyi tangan' dan bersikap kebudak-budakan." katanya lagi.

Azwan turut mencabar Rafizi agar menyenaraikan pencapaiannya semasa memberi khidmat kepada Kerajaan Selangor sebelum ini.

"Apa Rafizi buat semasa bekerja dengan Kerajaan Selangor? Apa pencapaian ekonomi Selangor yang boleh dia banggakan?" tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.