Halaman

Selasa, 10 Februari 2015

#PemudaUMNO & SEGI College University Sumbang Peralatan Kelengkapan HUSM, Kubang Kerian - @KhairyKJ @Azwanbro @NajibRazak @armandpju #BrigedKesatriaMuda


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Segi College University bagi membekalkan beberapa peralatan kelengkapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun berkata, kerjasama diantara Pemuda UMNO Malaysia melalui Biro Briged Kesatria Muda dengan pihak Segi adalah bertujuan menampung kekurangan beberapa peralatan dan fasiliti di hospital berkenaan.

“Akibat banjir yang teruk melanda Kelantan, maka kebanyakan pesakit daripada Hospital Kota Bharu telah dipindahkan ke Hospital USM Kubang Kerian. Ini telah menyebabkan pihak hospital USM kekurangan katil dan beberapa peralatan perubatan.

“Pihak Segi telah bersetuju untuk membekalkan kelengkapan seperti katil, tilam dan besin bayi yang berjumlah lebih daripada RM200 ribu.

“Pihak Pemuda pula menyediakan tiga biji trailer untuk menghantar kesemua peralatan ini ke Hospital USM Kubang Kerian,” jelasnya.

Beliau mewakili sayap parti UMNO mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Segi yang sudi bekerjasama dengan mereka dan berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.

Tambah beliau lagi, Pemuda UMNO berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak swasta dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Diminta mengulas sikap segelintir pihak yang yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu bantuan banjir, Azwan menyeru agar semua pihak mengenepikan fahaman politik dan sikap penting diri kerana dalam apa jua keadaan nasib rakyat mesti diberi keutamaan.

“Saya minta rakyat hari ini harus lebih bersifat ikhlas dan terbuka. Kita sedang menghadapi krisis bencana alam. Jangan bila ada tangan-tangan yang ingin membantu, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempertikaikan.

Menurutnya, Datuk Seri Najib serta saf kepimpinannya telah terbukti berjaya mengendalikan situasi banjir dengan baik dan bersungguh-sungguh ketika negara dilanda musibah.

“Hari ini pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan safnya telah mengendalikan bantuan banjir dengan bersungguh-sungguh tanpa sedikitpun mengambil kira fahaman politik, agama mahupun bangsa.

“Ini cara Barisan Nasional (BN)… Ini cara politik UMNO. Kita bantu tanpa mengira bulu dan latar belakang. Rasanya rakyat sendiri sedia maklum pihak manakah yang benar-benar membantu ketika mereka ditimpa musibah,” ujarnya kepada wartawan selepas merasmikan program tersebut di Segi College University, Kota Damansara, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.