Halaman

Khamis, 12 Februari 2015

#YTPS & #IPG Bekerjasama Jayakan Program #TransformasiPascaBanjir 6 Buah Sekolah di Kg Gajah @ZainolFadzi @Azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin #YayasanTransformasiPasirSalak #InstitutPendidikanGuru


Banjir yang melanda Kampung Gajah penghujung tahun 2013 yang lalu, dikatakan antara banjir terburuk pernah melanda negara dan juga negeri Perak.

Di Perak, Kampung Gajah antara kawasan yang terjejas teruk apabila limpahan air Sungai Perak menenggelami sebahagian besar kawasan penempatan dan memaksa lebih dari 2000 warganya dipindahkan ke 5 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Selain agensi kerajaan, pelbagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) turut menganjurkan misi bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir Di Kampung Gajah

Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) antara NGO yang turut turun padang dan meredah banjir demi menyalurkan pelbagai bantuan semasa banjir dan pasca banjir.

Transformasi Pasca Banjir Bersama Pelajar & Pensyarah IPG.

Terbaru, YTPS menjalin kerjasama dengan 6 buah kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menjayakan program 'Trasformasi Pasca Banjir Bina Insan Guru' di 6 buah sekolah sekitar DUN Kampung Gajah.


Seramai 377 pelajar dan 40 orang pensyarah dari IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Darul Aman, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Pendidikan Teknik serta IPG Kampus Tun Hussein Onn telah menyertai program tersebut.

6 buah sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Juar, SK Tok Pelita, SK Pulau Tiga Kiri, SK Pasir Panjang Ulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Seri Maharaja Lela serta Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Ehyak Dinniah.



Antara pengisian program selama dua hari tersebut adalah gotong royong mengecat dan melukis mural di dinding , membersih bangunan serta membersih kawasan sekolah yang telah terjejas akibat dilanda banjir bulan lalu.

Penaung YTPS YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin bersama Pengerusinya Khairul Azwan Harun turut berkesempatan meluangkan masa menyertai program yang bermula Selasa lalu.



Kesemua Pengetua, Guru Besar dan warga pendidik keenam-enam buah sekolah melahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada pihak YTPS dan IPG atas segala inisiatif membantu mengindahkan kembali persekitaran sekolah yang banyak terjejas setelah hampir sebulan terendam air banjir.

Pihak YTPS turut menaja makan tengahari selama dua hari kepada kesemua 377 pelajar dan 40 pensyarah yang menjayakan program Transformasi Pasca Banjir berkenaan.


Awal Februari lalu, YTPS bekerjasama dengan pemain-pemain bolasepak Liga Super 'The Bos Gaurus' 2015, pelajar UPSI dan IPG Kampus Ipoh menjalankan program bantuan pasca banjir di sekitar Pulau Besar.

Beberapa kediaman penduduk termasuk bangunan masjid dan Sekolah Agama Rakyat sekitar Kg Pulau Besar dan Pasir Panjang Ulu berjaya dibersihkan dari mendapan lumpur tebal tinggalan banjir. Baca di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.