Halaman

Ahad, 29 Mac 2015

#MoF Perlu Segera Kemaskini Senarai Barangan & Perkhidmatan Dikenakan #GST, Elak Pengguna Tertipu - @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ #PemudaUMNO


Berbaki dua hari lagi sebelum perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1hb April ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa pihak Kementerian Kewangan (MoF) memberi penjelasan kepada pengguna akhir yang bakal menanggung sistem percukaian baru tersebut.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kementerian itu juga perlu segera mengemas kini senarai barangan serta perkhidmatan berkaitan supaya pengguna tidak tertipu ‎oleh penjual apabila GST berkuatkuasa nanti.

‎"Kita ‎desak MoF segera dalam tempoh dua hari lagi untuk permudahkan pejelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung GST.

"‎Barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST perlu dikemaskini dan diperincikan supaya pengguna tidak tertipu oleh penjual. Jika ia berlaku, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut, " ujar beliau mengulas keresahan dan kegusaran orang ramai menjelang pelaksanaan GST Rabu ini.

Mengulas lebih lanjut, Azwan berkata rakyat kini sudah mulai faham dan menerima kebaikan sistem GST ini.

"Cuma rakyat masih dalam kegelapan yang mana barang dan perkhidmatan dikenakan GST atau dikecualikan," ujarnya.

Sebelum ini, MoF mengeluarkan kenyataan untuk menambah lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan GST.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.