Halaman

Rabu, 26 Oktober 2016

@Azwanbro Ketuai #PemudaBangkit2.0 Serah Memorandum Gesa @cmlimguaneng Lepas Jawatan @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi #RideAgainstCorruptionV2.0


Hampir 3,000 orang anak muda menyertai perarakan Pemuda Bangkit 2.0 yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bagi menyerahkan memorandum menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengosongkan jawatannya dengan segera.

Lautan peserta berpakaian kameja-T hitam yang dipimpin oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berarak sepanjang Jalan Macalister dari Menara UMNO menuju ke bangunan Komtar.

Menurut Azwan, antara tujuan himpunan aman Pemuda Bangkit 2.0 ini diadakan adalah untuk sekali lagi mendesak Lim Guan Eng yang terpalit isu rasuah agar segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi, Pemuda Bangkit juga menuntut agar Guan Eng serta pasukannya tidak menyertai himpunan Bersih 5.0 yang dijadual berlangsung pada 19 November depan.

"Kami akan terus mengadakan demonstrasi yang sama jika Guan Eng enggan memenuhi permintaan kami untuk menjauhkan diri dari perhimpunan Bersih 5.0.

"Dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Guan Eng," tegas Azwan.

Azwan bersama Ketua Pemuda UMNO P. Pinang, Rafizal Abdul Rahim berjaya menyerahkan memorandum yang berkenaan kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul.

Himpunan yang berlangsung secara aman itu bersurai pada jam 3.00 petang.

Pada 1 Oktober lalu, Azwan turut memimpin himpunan aman Pemuda Bangkit kali pertama dengan matlamat yang sama iaitu mendesak Guan Eng samada bercuti atau melepaskan jawatannya. Baca di SINI.

Untuk rekod Guan Eng sedang berhadapan dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran. 
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri negeri ini, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. 
Pertuduhan itu didakwa dilakukan Ahli Parlimen Bagan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatan¬kuasa Perancang negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.