Halaman

Khamis, 3 November 2016

Malaysia Anjur Kuala Lumpur International Youth Discourse Nov Ini, Perasmian Oleh PM DS @NajibRazak & @Zahid_Hamidi - @Azwanbro @KhairyKJ #KLIYD2016





Malaysia akan menganjurkan KL International Youth Discourse 2016 (KLIYD2016) di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya pada 26 November ini.


Pengerusi KLIYD2016, Khairul Azwan Harun berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan KLIYD2016 manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula akan menutup persidangan tersebut.


“Persidangan ini bertemakan “Empowering Youth For A Safer And Better Future”, dan pada sessi khas persidangan ini akan menampilkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.


“Persidangan ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah dan berkongsi pengetahuan serta idea dengan pakar-pakar tempatan dan pembuat dasar, penceramah terkemuka dalam bidang berkaitan di peringkat antarabangsa mengenai keprihatinan terhadap keselamatan negara dan ancaman di rantau ini.

“Persidangan ini juga merupakan platform untuk mereka bertukar idea secara sihat dan terbuka dalam mengenengahkan isu-isu yang berkaitan dalam kalangan belia,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pra pelancaran persidangan ini di sini, hari ini.


Pra pelancaran KLIYD2016 itu telah disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tambah Khairul Azwan, dialog di antara belia dan pembuat dasar merupakan objektif utama persidangan ini di mana pakar-pakar daripada negara lain juga akan berkongsi pengalaman dalam menangani isu-isu keselamatan secara praktikal.

“Pembuat dasar dan pemimpin belia daripada serantau akan dijemput untuk menyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman bagi memastikan kelansungan keselamatan Negara.

“Dijangka seramai 1000 peserta dari dalam dan luar Negara akan menyertai persidangan ini termasuk ahli-ahli daripada Negara Komanwel, ASEAN serta ahli-ahli daripada Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN menyifatkan tumpuan persidangan ini adalah mempromosikan dialog di antara pembuat dasar dan golongan belia, sejajar dengan visi Perdana Menteri iaitu memupuk generasi yang sederhana dan toleransi.

KLIYD2016 jelasnya lagi akan melibatkan belia daripada semua lapisan masyarakat untuk memastikan setiap pendapat dan idea-idea yang dilontarkan diiktiraf dan diperakui.

“Persidangan ini berhasrat untuk memastikan belia sebagai salah satu sumber ke arah penyelesaian dan bukan lagi dilihat sebagai kelompok masyarakat yang pasif.

“Dialog dan pertukaran pandangan ini akan member manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam perbincangan yang akan menjurus ke arah pemahaman yang lebih baik dan untuk mengenal pasti kekuatan dan jurang yang sedia ada.

“Penekanan pada dialog tidak bermaksud berlembut tentang hal keganasan, tetapi untuk menggunakan medium yang paling pantas, efisyen, moden dan sesuai untuk merapatkan sebarang jurang yang ada,” ujarnya. -MediaUMNO

Antara peserta antarabangsa yang menyertai persidangan ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.