Halaman

Rabu, 23 November 2016

Azwanbro Layak Diangkat Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia - Khairy Jamaluddin #PemudaUMNO


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengakui penggal kedua ini adalah yang terakhir untuk beliau menerajui pergerakan itu.

“Ini adalah penggal terakhir saya.


“Saya sudah memimpin pergerakan ini selama dua penggal. Tambah sepenggal sebagai naib ketua dan sepenggal jadi anggota exco, semuanya empat penggal.

Menjawab soalan siapa yang layak untuk mengisi kerusi no 1 sayap UMNO itu, ini jawapan beliau.

"Khairul Azwan Harun antara calon layak diangkat sebagai ketua Pemuda UMNO sekiranya mendapat sokongan perwakilan sayap itu, kata Khairy lagi.
Khairy berkata Azwan, atau mesra disapa Azwanbro, sudah dilatih menerajui pergerakan itu dan sudah tiba masanya tampil dengan gaya kepimpinan sendiri.
“Saya rasa beliau boleh ambil alih. Beliau perlu dapatkan sokongan daripada delegasi Pemuda Umno, saya telah melatih beliau.

“Azwan telah melalui perjalanan yang panjang, tiba masanya untuk beliau tampil memimpin,” katanya kelmarin (20 Nov)dalam satu wawancara The Star menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 yang bakal berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember ini.

Katanya, pemimpin pergerakan itu seharusnya dipelopori oleh ahli yang kurang daripada 45 tahun agar mampu memberi wadah perjuangan baru kepada parti.

“Kita perlu orang baru. Idea baru, orang baru, individu baru dan keterujaan baru. Tiba masanya untuk saya pergi,” beliau dilaporkan berkata.

Menteri Beliau dan Sukan itu dipilih sebagai ketua Pemuda pada Mac 2009 menewaskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Dr Khir Toyo.

Beliau kemudiannya mempertahankan jawatan itu pada Oktober 2013 dengan menewaskan Syed Rosli Harman, Akhramsyah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.