Halaman

Isnin, 27 Februari 2017

#PRU14: #PemudaBN Perak Senaraikan Pimpinan Muda Berkualiti Untuk Diketengahkan - YB Senator @Azwanbro @ZambryOfficial @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #TN50 #PemudaUMNO #BNPerak


IPOH - Pergerakan Pemuda BN (Barisan Nasional) negeri Perak menyenaraikan beberapa nama pimpinan muda untuk diketengahkan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, kriteria pimpinan muda yang disenaraikan terdiri dari mereka yang berkualiti dari kalangan sayap pergerakan, profesional muda dan pemimpin belia.

"Kita angkat nama-nama pimpinan muda yang boleh ketengahkan dan kita senaraikan mengikut kualiti diri mereka serta sumbangan yang mereka sudah dibuat dan mampu dibuat selepas ini untuk dipertimbangkan.

Tambah Azwan, Pemuda tidak menekankan berapa kuantiti calon dari sayap pemuda kerana apa yang lebih penting bagi pergerakan tersebut adalah menampilkan pemimpin yang berkualiti.

"Dalam konteks ini bukan kuantiti calon yang ditekankan tetapi mengenengahkan pemimpin yang ada kualiti, cuma jika lebih ramai lagi bagus.

"Pemuda bagaimanapun akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti," ujar beliau dalam sidang media di program 'Himpunan Pemimpin Muda Negeri Perak Bersama YAB Menteri Besar Perak' yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini semalam.

Pada himpunan tersebut, Menteri Besar, YAB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak.

Tambah Azwan, himpunan hari ini (semalam) merupakan testimoni kukuh dan Perak menjadi negeri pertama manganjur dan melancarkan jentera pilihan rayanya melibatkan seluruh kepimpinan pemuda UMNO bahagian seluruh negeri.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Rungkup yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah; Datuk Wira Yusoff Kassim dan Ketua Pemuda UMNO negeri Perak; Saudara Khairul Shahril Mohamed.

Penjenamaan Semula Jentera Selaras Inisiatif TN50


Mengulas mengenai PRU ke 14 akan datang, Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberitahu Pemuda akan melancarkan satu penjenamaan semula jentera dari aspek pendekatan Pemuda BN menawan hati rakyat khususnya pengundi muda.

"Pada PRU lepas, kita berjaya menawan pengundi muda apabila kita memenangi saluran pengundi pemuda di Perak. Selaku Pengerusi Pemuda BN Perak adalah menjadi harapan kita ulangi kejayaaan tersebut.

"Kita akan perkenalkan penjenamaan semula dalam kontek jentera BN selari dengan inisiatif TN50 (Transformasi Nasional 2050) dan kita menjangkakan pelancarannya akan disempurnakan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada Mac depan," jelas beliau lagi.

Dalam sidang media yang sama, Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri Perak mengesahkan bahawa BN Perak akan menampilkan lebih ramai calon muda pada PRU akan datang. 

Baca di PRU14: BN Perak tampil lebih banyak calon muda - Menteri Besar Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.