Halaman

Jumaat, 3 Mac 2017

Putus Hubungan Diplomatik Jika Perlu, Demi Kedaulatan Negara - @Azwanbro #PemudaBN #KoreaUtara #MalaysiaBerdaulat #NorthKorea


“Shouldn't be any compromise on our sovereignty and rule of law. Even if it causes severance of diplomatic relations with NK. 🇲🇾 - @Azwanbro

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara ini, dan kerajaan disaran bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara jika perlu.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Senator Khairul Azwan Harun pada 23 Februari lalu, bersama lebih 200 ahli dan pemimpin dari pelbagai NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur.

Mereka hadir bersama satu nota bantahan mewakili golongan muda negara membantah kenyataan biadap Duta Korea Utara ke Malaysia yang tidak mempercayai siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam yang dilakukan oleh polis negara ini.

Dalam sidang medianya selepas berjaya menyerahkan nota tersebut kepada wakil pejabat kedutaan, Azwan mendesak agar kerajaan menarik semula perjanjian visa dan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia menarik balik perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara dan mempertimbangkan semula hubungan diplomatik yang telah terjalin

Pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan Korea Utara terhadap Malaysia jelas membuktikan negara itu tidak menghormati kedaulatan dan sistem perundangan negara ini.

Korea Utara, selain kenyataan media dutanya yang mempertikaikan siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mereka turut melemparkan tuduhan berat bahawa Malaysia bersubahat dengan 'negara asing' berhubung dengan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada Presiden Kim Jong Un.

Justeru, keputusan kerajaan mewajibkan warga Korea Utara memohon visa itu selaras dengan tuntutan Pemuda BN bulan lalu agar perjanjian tanpa visa ditarik balik selain desakan supaya hubungan diplomatik Malaysia - Korea Utara dikaji semula.
Zahid turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang sering diberikan selama ini.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri memuktamadkan keputusan tersebut dan ianya berkuatkuasa Isnin depan.

Dalam muat naik status twitternya, Azwan berkata Malaysia akan melakukan apa sahaja termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara demi mempertahankan kedaulatan dan ketelusan undang-undang negara.

Jika Korea Utara berterusan menghina dan melemparkan fitnah terhadap Malaysia, kerajaan perlu memikirkan desakan Pemuda BN untuk memutuskan hubungan diplomatik supaya Korea Utara serta negara-negara lain melihat kesungguhan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.