Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum serta salam sejahtera. Lagi beberapa jam, kita akan meninggalkan 2013. Seperti tahun-tahun yang lalu, pastinya banyak sejarah serta kenangan buat kita yang bergelar insan serta khalifah muka bumi yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Sempena kehadiran tahun baru 2014, YPS ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MNYAMBUT TAHUN BARU buat semua rakan-rakan.

Marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur atas rahmat Allah keatas kita dan negara kita. Bersama juga kita berganding bahu, menjaga keamanan serta kesejahteraan kurnian Ilahi.

Kesempatan ini juga, YPS menyusun sepuluh jari memohon keampunan atas segala kesilapan perbuatan mahupun tutur kata serta coretan yang mengguris perasaan.


Ahad, 29 Disember 2013

#HimpunanGulingKerajaan: @PDRMsia KENALPASTI 4 NGO, PEMUDA UMNO GESA TINDAKAN TEGAS @AZWANBRO

Polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan hingga boleh menimbulkan kekacauan di negara ini.

Gesaan itu dibuat berhubung isu pihak tidak bertanggungjawab yang merancang  perhimpunan menggulingkan kerajaan Selasa ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena sambutan Malam Tahun Baru.

Tegasnya, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit  jika terbukti mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut.

“Saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menangani masalah ini, saya juga berharap tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka, tidak kira dari pihak mana sekalipun.

“Baru-baru ini juga sudah ada beberapa tangkapan dibuat dan saya percaya dengan tindakan pantas polis ini dapat membanteras perkara ini daripada terus berlarutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan kepada YBU di Hotel Casuarina, Meru Raya.

Azwan menyifatkan perhimpunan tersebut bakal mengganggu gugat kesejahteraan rakyat terutama sekali kepada pelancong asing yang datang ke negara ini.

“Kalau tidak puas hati, kita ada saluran tertentu untuk sampaikan permasalahan, bukan dengan cara demonstrasi seperti itu, lagipun tiada sebarang manfaat yang kita akan dapat dengan cara sebegitu.

“Majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini (perhimpunan menggulingkan kerajaan),” katanya.

Sabtu, 28 Disember 2013

YBU Holdings Sumbang RM11.87Juta Bantu YBUDR, YBU Bakal Miliki Menara Sendiri @Azwanbro @Najib Razak @ZambryAbdKadir


YBU Holdings semalam mengumumkan sumbangan korporat kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) dalam menyokong usaha-usaha badan itu mengendalikan program pembasmian kemiskinan dan pengupayaan masyarakat.

Pengerusi YBU Holdings, Khairul Azwan Harun berkata sumbangan itu bertujuan menyokong projek-projek yang dilaksanakan YBU sejak dari tahun 2012.

Menurut Khairul, jumlah keseluruhan sumbangan itu adalah RM2 juta bagi tahun 2012, RM4.87 juta (2013) dan 5 juta bagi 2014.

Katanya sumbangan itu selaras dengan visi kerajaan negeri yang sentiasa membantu YBU yang merupakan entity korporat bertanggungjawab menjaga golongan keterbawahan di negeri ini.

“Kesemua sumbangan itu akan digunakan bagi menampung projek YBU seperti program “Infra Bina Upaya” dan juga ‘Ikhlas Bina Upaya” dan “Imarah Bina Upaya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan di Hotel Casuarina, Meru Raya petang tadi.

Ketua Eksekutif YBU Datuk Ismail Saffian menerima cek itu.

Tambahnya, YBU Holdings turut berhasrat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam empat bidang atau kumpulan penerima yang melibatkan aktiviti sukan, pendidikan  dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“YBU Holdings amat komited dan mengambil berat tentang pembangunan rohani dan masyarakat terutamanya di negeri Perak,” katanya.

Dalam pada itu,pihaknya juga akan berusaha untuk merealisasikan cadangan Menara Bina Upaya tidak lama lagi di mana pembiayaan perolehan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat baru untuk semua kakitangan di bawah kumpulan YBU.

“In Shaa Allah, tidak lama lagi kita akan mendapatkan sebuah bangunan atau menara untuk YBU, cadangan sudah dibuat dimana kita akan beli Wisma Bougainvillea yang terletak bedekatan dengan UTC Ipoh dan juga Pasar Besar Ipoh yang merupakan milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Jika kita berjaya dapatkan bangunan 11 tingkat itu, saya rasa itu merupakan satu penanda aras bagi pencapaian YBU kerana berjaya memiliki menara sendiri,” katanya.

YPS ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Azwanbro, atas kejayaan beliau menjadikan YBUDR antara salah satu yayasan yang berjaya di Malaysia. 


PEMUDA UMNO Msia KUTUK HIMPUNAN GULING KERAJAAN, DESAK @PDRMsia TAHAN DALANG - @Azwanbro @NajibRazak #pemudaumno





Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran Perhimpunan Guling Kerajaan yang bakal dilakukan pada 31 Disember ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun memberitahu penganjuran perhimpunan itu bakal memberi kesan yang buruk kepada negara dan rakyat.

"Imej negara akan tercemar berikutan ia bakal dilaksana pada ambang tahun baru dimana ketika itu ramai pelancong asing akan turut sama berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita risau kerana majoriti rakyat menolak anasir sebegini bahkan Menteri Besar Kelantan pun menolak dakyah sebegini.

"Tetapi masih ada lagi segelintir dikalangan pemimpin pembangkang dimana mereka di dalam roadshow mereka mengajak orang ramai supaya sertai himpunan itu.

"Ia tidak patut kerana kita sudah tahu kesan dari himpunan ini boleh menggugat keamanan negara.

"Apatah lagi ia dilakukan pada ambang tahun baru dan ketika itu ramai pelancong, maka sudah tentu ia memberi kesan yang buruk dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara," katanya.

Menurut beliau, sebelum ini beberapa Pergerakkan Pemuda UMNO negeri dan bahagian-bahagian termasuk juga beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap hasutan daripada beberapa individu dan juga kumpulan yang cuba menyebarkan atau mengajak rakyat untuk menganjurkan himpunan tersebut.

Selain itu, beliau begitu gembira apabila dimaklumkan ada pihak berkuasa telah membuat beberapa tangkapan dengan pantas dan tegas telah dilakukan.

"Ini yang kita mahukan dan saya fikir, kita percaya dengan tindakan pantas pihak berkuasa tanpa memberi kompromi dan peluang.

"Sekiranya ada tindakan sebegini, polis tidak ada ambil masa lama untuk menahan individu berkenaan," katanya lagi.


Khamis, 26 Disember 2013

DIJEMPUT HADIR!!! MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN, KBS DRIFT 2013 & MAJLIS KESYUKURAN MASJID AL AZHAR OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO Msia @AzwanBro @ZambryAbdKadir @NajibRazak #SLAA #YBUDR #


Pada  hari Ahad,  29hb Disember ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Tuan Haji Khairul Azwan Dato' Harun akan hadir selaku Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Bantuan Persekolahan Tahun 2014 bagi seluruh Parlimen Pasir Salak. 

Majlis yang dianjurkan oleh YBU Holdings ini adalah merupakan salah satu diantara Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dimana pihak YBU Holdings Sdn Bhd akan memperuntukan sejumlah sumbangan berupa bantuan persekolahan bagi membantu meringankan beban persiapan 200 ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan memulakan musim persekolahan 2014. 

Majlis ini akan bermula jam 10 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Pulau Gajah, Kampung Gajah, Perak. ADUN Kawasan Kampung Gajah, Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato' Ahmad Razali dan ADUN Sungai Manik, YB Haji Zainol Fadzi Paharuddin juga dijemput dan dijangka berkesempatan hadir ke majlis ini.

Selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan, pada jam 2.30 petang, Azwan akan hadir ke Litar Dato' Sagor di Kampung Gajah bagi merasmikan Perasmian Penutup KBS Drift 2013, Peringkat Negeri Perak yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, MAYC Parlimen Parit dan SLAA.
SLAA adalah ringkasan bagi Skim Latihan Automatif Amanjaya, sebuah program latihan jangka pendek bagi pelatih untuk mendapatkan latihan kemahiran yang juga dianjurkan oleh YBUDR. 

Golongan muda yang berminat dengan bidang automatif dan berhasrat untuk membuka bengkel, dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai program ini. Atau anda boleh klik ke laman sesawang SLAA.


Azwan menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian pembinaan Masjid Al Azhar diantara YBU Holdings Sdn Bhd dan Khusma Enterprise di Pejabat YBU Holdings pada Julai yang lalu.
Sekitar jam 5 petang, Azwan akan hadir ke Majlis Kesyukuran Pembinaan Masjid Al Azhar di Kampung Balun Bidai, Kg Gajah. Masjid yang sedang dalam pembinaan dengan anggaran kos sebanyak RM800,00 ini bakal menggantikan masjid lama kampung tersebut yang telah berusia lebih dari 100 tahun.

YBU Holdings yang bertindak sebagai pengurus projek telah melantik sebuah syarikat tempatan, Khusma Enterprise, untuk melaksanakan projek tersebut, dengan yuran pengurusan hanya dua peratus.

Masjid baru ini boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa, sekaligus mampu menampung keperluan penduduk kampung berhampiran yang berjumlah sekitar 600 orang.

Peruntukan untuk projek itu diperolehi daripada peruntukan Timbalan Perdana Menteri (RM400,000) dan sumbangan orang ramai dan syarikat swasta.


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR !!!

Isnin, 23 Disember 2013

NAIB KETUA PEMUDA UMNO M'sia: UMNO Dan PERKASA Masing-Masing Punya Peranan Sendiri @AZWANBRO @NajibRazak #PemudaMalaysia

Khairul Azwan berkata tidak timbul isu NGO Melayu akan menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera kerana masing-masing mempunyai peranan sendiri.

Katanya, sebagai pemimpin nombor dua dalam Pemuda UMNO, beliau menghormati mana-mana NGO yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO.

"UMNO telah terbukti sejak awal penubuhannya memang berjuang untuk orang Melayu dan Bumiputera dan kita (UMNO) kana terus dengan perjuangan tersebut.

Menurutnya lagi, "UMNO juga mempunyai peranan yang lebih besar sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional untuk berjuang bagi orang Melayu dan Bumiputera." 

Khairul berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang menegaskan NGO yang diterajuinya tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan UMNO jika parti itu gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, PERKASA boleh meneruskan perjuangan mereka untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sepertimana asas penubuhannya.

Katanya, tidak perlu menunding jari menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera.

"Tak perlu kita tuding jari cari salah orang lain kerana masing-masing ada peranan masing-masing dan ada perjuangan sendiri.

"Kita kalau cari salah orang sahaja susah kerana kita juga tak sempurna, satu jari tunding pada orang lain, empat jari ke arah kita sendiri.

"Kalau ikhlas nak membantu orang Melayu dan Bumiputera teruskan perjuangan, UMNO sudah lama ditubuhkan dan ada track record sendiri," katanya.

Semasa menyampaikan kata-kata aluan sebelum perasmian Persidangan Agung Tahunan keempat PERKASA, Ibrahim menegaskan pihaknya akan mengambil alih peranan UMNO jika parti tunjang BN itu gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera. -  [AstroAwani]

BERIKAN LESEN KASINO KEPADA. MELAYU - ZAID IBRAHIM #BuangTebiat

ZAID IBRAHIM, seorang lagi Melayu yang dah tak berapa betul kepala otaknya. Belajar tinggi tapi akal letak kat kepala lutut. 

Di laman blognya, Zaid memberi cadangan supaya lesen mengendalikan kasino turut diberikan kepada peniaga Melayu yang berminat menguruskan industri yang bernilai berbilion ringgit itu.

Beliau membuat cadangan itu dalam entri terbaru di blog beliau bertarikh 20 Disember lepas bertajuk ‘Berikan Lesen Kasino Kepada Melayu’ dengan tujuan supaya kekayaan besar dari industri perjudian dapat diagihkan sama rata.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata untuk menjadikan perniagaan lebih sukar dalam perniagaan kasino untuk orang Melayu, ialah menghadkannya dengan meletakkan isu pada kehalalan perniagaan seperti itu.

“Bertahun lamanya, saya memperkenalkan polisi perjudian yang lebih adil dengan mengatakan orang Melayu juga patut diberikan peluang menyertai industri besar ini. Saya bantah monopoli dalam indsurti perjudian, kerana di Malaysia industri ini sangat unik,” kata Zaid dalam entrinya.
BlogZaidIbrahim

Beliau berkata, jika Islam adalah sebab sebenar orang Melayu dihalang dari menjalankan industri perjudian, kerajaan sepatutnya mengharamkan terus industri itu di negara ini.
Industri perjudian berbentuk kasino di Malaysia dimonopoli oleh syarikat Kumpulan Genting yang bermula dahulu sebagai sebuah perniagaan keluarga oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan kini dikendalikan oleh anak keduanya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Kumpulan Genting mengendalikan kasino terbesar di negara ini di Resorts World Genting, di Genting Highlands, yang menyumbangkan kira-kira RM1.2 bilion dalam bentuk cukai kepada kerajaan.

Zaid berkata, jika berjudi adalah satu dosa besar bagi umat Islam maka keputusan kerajaan untuk memberikan peluang kepada orang bukan Islam memonopoli industri perjudian adalah dosa yang lebih besar.

“Kenapa kerajaan menafikan peluang menguruskan indusrti perjudian seperti ini jika mereka bersedia untuk menanggung dosa di atas bahu mereka sendiri?
“Peniaga Melayu ini sudah pasti boleh menderma dengan banyak dan membantu ekonomi masyarakat Islam,” katanya.

Satu kenyataan melampau Zaid ialah, untuk menyokong idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam liberalisasi ekonomi, peniaga Melayu juga perlu diberikan kebebasan daripada hanya menguruskan perniagaan yang halal sahaja, yang tidak semestinya dipersetujui oleh Tuhan.

Zaid menggesa Perdana Menteri memulakan langkah pertama membenarkan Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan menguntungkan itu, iaitu perjudian dengan membuka kasino kedua Malaysia di dalam kawasan Iskandar Johor, yang berjiran dengan Singapura.


●●●YPS rasa dia ni dah buang tebiat... Tak pun dia menulis blog tu ketika dia mabuk.

#PerhimpunanMCA: MCA Lulus 7 Resolusi Pembangunan Parti & Rakyat, NKPUM Saran Semua Parti Komponen Jayakan Agenda Transformasi @NajibRazak @Azwanbro

Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-60 yang berakhir semalam, meluluskan tujuh resolusi merangkumi 13 perkara di bawah usul hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan persekutuan, tadbir urus kerajaan, serta masyarakat dan kualiti hidup.

Resolusi berkenaan yang diumum Speaker Datuk Yik Phooi Hong dan diluluskan sebulat suara oleh 1,258 perwakilan itu antaranya menyebut;


● Semua anggota MCA perlu bersatu padu bagi menyokong sepenuhnya barisan kepimpinan baharu dalam menjalankan pembaharuan dan transformasi untuk meraih semula sokongan rakyat.


● Bagi isu politik, perwakilan mengecam segala bentuk perkauman dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan atau mencetuskan kebencian antara kaum.


● Berhubung isu ekonomi, perwakilan menyatakan sokongan terhadap beberapa langkah kerajaan antaranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan merasionalisasikan subsidi sebagai sebahagian usaha dalam proses transformasi ekonomi.


Bagaimanapun bagi GST, perwakilan meminta agar kadar enam peratus dikekalkan untuk sekurang-kurangnya lima tahun.


Selain itu perwakilan menyeru kerajaan melaksanakan dasar berdasarkan merit kerana ia adalah satu cara yang berkesan untuk menarik bakat dan membendung pengaliran keluar pakar.


Mereka turut menyeru kerajaan mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam kewangan supaya defisit negara dapat dikurangkan.


● Bagi isu pendidikan pula, kerajaan diminta melaksanakan Sijil Peperiksaan Bersepadu dan mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan arus perdana di Malaysia.


Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga digesa lebih telus dalam syarat kemasukan ke universiti tempatan selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berdaya saing tinggi.


● Dalam aspek Perlembagaan Persekutuan pula MCA mempertahankan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam merupakan agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, selaras dengan Perkara 12 (1), tidak akan ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, bangsa, keturunan atau pun tempat lahir.


● Selain itu, bagi resolusi berkaitan tadbir urus kerajaan, MCA menyokong jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.


MCA turut menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti di semua agensi awam untuk menambah baik pematuhan prosedur selaras dengan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membanteras penyalahgunaan kuasa dan menghapuskan gejala rasuah.


● Dalam aspek masyarakat dan kualiti hidup pula MCA meminta Kementerian Dalam Negeri meningkatkan langkah pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang untuk menambah baik persepsi masyarakat terhadap mutu perkhidmatan polis.



Screenshot Tweet Azwanbro.
Dalam masa yang sama, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menyarankan semua parti komponen BN yang telah selesai mengadakan pemilihan parti agar fokus kepada usaha menjayakan agenda transformasi.

Memetik kemaskini laman sosial twitter beliau, Azwan antara lain memberi peringatan agar 'jangan ada puak2 duri dalam daging lepas ini'


Sebelum ini, Azwan turut mengingatkan pimpinan baru MCA agar melaksanakan perubahan dalam parti mereka dengan tulus dan jujur, mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 


 Azwan menasihatkan MCA supaya menjadikan prestasi buruk mereka pada PRU ke 13 sebagai suatu pengajaran dan berhenti menuding jari menyalahkan parti komponen lain. Klik sini.


●●● YPS nak mintak sesuatu dari YAB Datuk Seri PM, utamakan pengundi yang dah meletakkan UMNO kekal di Putrajaya. Rasanya Datuk Seri faham...




WANTED!!! CYBERTROOPER PKR DIBURU @PDRMsia SEBARKAN!!!

Seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang mengunakan nama Asmaelz Hadzeny II dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember nanti.
Dia yang mendakwa berperanan sebagai cyber trooper Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekerja sebagai koordinator di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di dalam laman Facebooknya turut meminta orang ramai mendapatkan bom bagi tujuan tersebut.
Kenyataan berbaur ancaman dan hasutan itu dipercayai dimuat naik di laman Facebooknya beberapa hari lalu.
Berikutan kenyataan yang ditulis itu, lelaki yang mendakwa berasal dari Kuching, Sarawak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kelantan kini sedang diburu polis.
Polis juga telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan individu terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara malah boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya ketika dihubhungi hari ini.
Katanya, kertas siasatan tersebut disiasat berhubung kesalahan bertujuan menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
"Bukan individu ini sahaja, kita juga akan mencari serta menahan dalang-dalang yang melakukan perkara ini," ujarnya.
Sementara itu, hasil tinjauan di laman Facebook Asmaelz Hadzeny II mendapati status berbaur hasutan yang menyuruh orang ramai mencari bom yang ditulisnya sebelum ini telah tiada.
Pada 18 Disember lalu, polis telah memberi amaran yang penyebaran poster mengajak orang ramai supaya menyertai himpunan haram pada 31 Disember ini merupakan satu bentuk ancaman keselamatan dan keharmonian rakyat negara ini dan boleh disiasat di bawah SOSMA.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memandang serius poster itu yang dikesan tersebar menerusi portal berita dan laman sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini, meskipun tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya.
Beliau menegaskan, pihak polis sehubungan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika siasatan mendapati kesahihan perkara tersebut termasuk menggunakan Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan SOSMA.

Agak-agaknya sampai bila kite semua terpaksa melihat dan berdepan dengan situasi yang sebegini???
Dahulu, deme ade juge le segan silunya. Deme ngabo kan deme berhimpun secare aman. Takde niat nak numbangkan kerajaan.

Tetapi, kali ini deme udah main kasor. Deme udah berterus terang yang himpunan kali ini adalah"HIMPUNAN GULING KERAJAAN - SIAPA HALANG KAMI LANGGAR"

LAPORAN POLIS??? Setakat ini, YPS ada le terbaca beberape kerat NGO yang dah membuat laporan polis. Rasanya, NGO pon dah malas nak buat repot.

Sebabnye, tak ade ape tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa PDRM... Setakat tangkap, soal siasat dalam 3 ke 4 jam. Lepas tu bebas atas jaminan polis.

Sebab itu puak-puak ni makin berani dan semakin kurang ajar. 

YPS malas nak cerita panjang. Sama-sama kite tunggu dan tengokkkk... Apa agaknya tindakan pihak polis dan kerajaan.

YPS ~ ape agaknya maksud perkakas tu??? Pistol ayo kot... 

Ahad, 22 Disember 2013

Ucapan Tahniah & Pesanan Naib Ketua Pemuda UMNO Msia Terhadap Pimpinan Baru MCA @Azwanbro @NajibRazak

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun dalam kemaskini laman facebooknya menyampaikan ucapan tahniah buat kepimpinan tertinggi MCA yang baru.

Selain itu, Azwanbro turut mengingatkan kepimpinan baru MCA agar menjadikan prestasi buruk mereka pada PRU ke 13 yang lalu sebagai satu pengajaran  dan berhenti menyalahkan UMNO sebagai punca mereka di tolak oleh pengundi khususnya kaum Cina.
Tahniah buat parti MCA dalam pemilihan yang baru selesai, sesungguhnya pengundi dan ahli parti menginginkan pendekatan dan wajah yang baru di tampuk kepimpinan MCA. 
Jadikan PRU13 sebagai pengajaran dan tidak lagi terus menuding jari ke arah parti komponen lain atas kelemahan serta ketirisan parti sendiri dalam meraih undi. Dan hendaklah mereka menilai diri sendiri dahulu sebelum mencari kelemahan parti komponen yang lain. 
Semoga agenda transformasi dalam MCA akan dilaksanakan dengan baik dan telus, sejajar dengan garis panduan yang disaran oleh YAB PM kepada MCA untuk reunite, restrategise, reinvigorate dan re establish.   
- Fb Azwanbro. 

Peringatan Azwanbro  terhadap pimpinan MCA ada asasnya apabila dalam ucaptama Wee Ka Siong ketika merasmikan Persidangan Pemuda MCA baru-baru ini dilihat menyalahkan UMNO atas kegagalan parti mereka sendiri.

Antara petikan ucaptama Ka Siong adalah;

“MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
.
“[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan”
.
“Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.”
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/249725
 ...
“Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.”.“Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …”.
“Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.”.
“… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.”.“Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.” 
- Sumber: MCA online

Dengan lantang, Wee Ka Siong menyalahkan UMNO apabila MCA tidak lagi diterima pengundi Cina yang telah beralih menyatakan sokongan kepada DAP pada pilihanraya yang lalu.

Keputusan untuk tidak menerima sebarang lantikan dalam kabinet itu telah dibuat sebelum PRU ke 13 lagi, dimana Jawatankuasa MCA sepakat meluluskan satu resolusi pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) mereka. Rujuk di sini.

Untuk rekod, MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan cuma mendapat 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apapun, Tiong Lai dan Ka Siong telah berikrar untuk melakukan transformasi dalam MCA selepas mereka berdua diumum memenangi Pemilihan MCA yang telah diadakan semalam di Dewan MCA, Shah Alam.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menepati jangkaan apabila terpilih sebagai Presiden MCA yang baharu dalam pertembungan tiga penjuru, berjaya mengenepikan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan memperolehi 1,186 undi.

Sementara itu, Datuk Wee Ka Siong terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA selepas menewaskan Datuk Donald Lim dengan mendapat 1,408 undi berbanding hanya 927 undi diperoleh Lim.

Tiong Lai, Ka Siong dan seluruh Jawatankuasa yang baru terpilih perlu menyedarkan ahli-ahli mereka agar jangan terpedaya dan dengan janji-janji pembangkang.

Kita tunggu dan lihat, dalam masa terdekat ini apakah langkah pertama yang akan mereka lakukan bagi merealisasikan ikrar dan janji mereka untuk melakukan transformasi dalam MCA.

Atau mereka terus bermain watak-watak opera Cina mereka???

YPS ~ teringat kata-kata apek yang tiap bulan datang membeli ayam opah teman. Dialognya;

"Kamu jangan ngecek(menipu) aku Ah Chai," kata Opah teman sewaktu Ah Chai menimbang ayam.


Nk tau apa Ah Chai tu balas???


"Aiyaaaaaa!!! Kalu wa talak tipu, wa bukan cina maaaa!!!"...


Jumaat, 20 Disember 2013

Apa Dah Jadi??? Alatan Seks Dijual Secara TERBUKA Di Pulau Pinang!!!

Bencana gejala sosial melibatkan pelbagai salah laku dikalangan remaja sudah cukup membimbangkan di negara kita. Dan dengan penjualan alatan seks secara terbuka di Pulau Pinang ini, pasti menjadi penyumbang peningkatan kes sehingga menjadi tidak terkawal

Menurut lapuran penulis di blog MMI, premis yang beroperasi di sebuah gedung membeli belah di Pulau Pinang ini menjual peralatan seks ini tanpa rasa bersalah dan setakat ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Untuk tahu lebih lanjut kisah ini, klik di SINI.

Semoga dengan pendedahan ini, pihak-pihak yang mempunyai kuasa khususnya PBT dapat melakukan sesuatu bagi menghalang penjualan alatan seks ini.

Atau, dengan perlantikan Mat Sabu selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, kita mengharapkan beliau dapat melakukan sesuatu agar remaja-remaja kita tidak terjebak dengan gejala keruntuhan moral. 

Seperti kata MMI, kita juga takut selepas ini, mereka berani pula membuka premis yang menyediakan perkhidmatan seks secara TERBUKA dengan mempamerkan 'china-doll' disebalik cermin kaca untuk dipilih.

Kalau sudah sampai ketahap itu, bukan kata remaja, bapa-bapa remaja pun lepak di Pusat Membeli Belah sambil mencuci mata. Kacau Yop!!!

Peningkatan gejala sosial yang YPS maksudkan adalah merujuk kepada penglibatan remaja Islam khususnya. Negara kita bukan negara barat yang membenarkan semua perlakuan ini. 

Semoga Allah pelihara negara kita.

Rabu, 18 Disember 2013

#BR1M2014: PENERIMA SEDIA ADA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BERMULA 23 DISEMBER 2013

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.


"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.


Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta 2 juta individu bujang.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.


Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.


Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. 

Selasa, 17 Disember 2013

PANAS!!! VIDEO NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA BIDAS MENTERI @AZWANBRO #PemudaUMNO

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media khas semalam, membidas kenyataan yang menyinggung perasaan rakyat dari seorang Menteri Kabinet


PEMIMPIN PERLU MENJIWAI RAKYAT. JIKA ADA PEMIMPIN TIDAK BOLEH MENJIWAI RAKYAT, TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN!!!

SYABAS BRO!!!

Klik di sini.

KENAIKAN TOL: PEMUDA UMNO BANTAH KENYATAAN DS WAHID @AZWANBRO #PemudaUMNO


   

Seperti yang YPS katakan sebelum ini, jika ada cadangan untuk menaikkan sesuatu kadar harga barangan ataupun takrif, Pak Menteri yang terlibat mesti mengeluarkan satu kenyataan yang menyakitkan hati.

Terkini, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengguna boleh memilih jalan alternatif lain jika tidak bersetuju dengan kadar kenaikan tol yang akan bermula 2014 akan datang.

YPS lampirkan sama keratan kenyataan beliau seperti yang disiarkan oleh sebuah portal media Malaysia Insider.

Jika beliau tidak mengeluarkan kenyataan berikut, YPS cadangkan Tok Wahid buat repot Polis dan saman portal tersebut.

Bukan hanya YPS, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, turut mengkritik dan membantah saranan yang dikeluarkan oleh Tok Wahid. 

Azwan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memberi beberapa cadangan kepada kerajaan dan syarikat konsesi untuk dipertimbangkan bagi mengelakkan kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Pemuda Umno semalam turut sama mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol. “Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.  

Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam. “Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya. 

Azwan berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.    
Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).  
“Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya. 
Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.  
Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.  
“Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan.  

“Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?  Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya.  
Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik. 
 
“Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya.  

Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan. 
YPS ~ Dah ler rakyat sakit hati dengan pelbagai kenaikan bersiri kerajaan, cakap pulak ikut sedap mulut dia. Macam mane le Pak Jib boleh lantik mamat ni. 

Isnin, 16 Disember 2013

PROJEK 'IMPIAN SABAH' DAN 'IMPIAN SARAWAK' PAKATAN RAKYAT @NajibRazak

Topeng Populis Keprihatinan : DAP Sembunyi Agenda Perpecahan Rakyat


YPS tertarik dengan satu artikel di portal rakyatnews. Sesuatu yang BN perlu pandang berat. Seperti kata penulis tersebut, rasanya BN mengetahui akan hal ini. Tapi, mungkin kerana PRU 14 masih lama lagi, BN memejamkan mata.
Jom kita baca sama-sama baca dan fikirkan.
altTindakan licik puak DAP dan komponen-komponen sekutu mereka menakluki hati dan minda penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak perlu dipandang serius. 
Mungkin pihak BN menyedari hal ini, tetapi tidak berapa dipandang serius, kerana menganggap PRU Ke-14 masih jauh di sebalik gunung, dan sementara itu tidak perlu bersusah payah mematahkan pergerakan seterunya.
Bagi BN, mungkin dirasakan kalau pun tiba waktu untuk bertarung, apa nak dikisahkan, kerana amalan bidan terjun melalui bantuan segera mudah menebus balik segala yang terlepas dari tangan. alt
Mungkin itulah persepsi sesetengah pihak dalam BN yang peka dengan strategi dalam pergelutan politik Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya projek ‘Impian Sabah’ yang dimulakan sejak dari 30 November 2013 memakan masa tiga minggu untuk diselesaikan. Ia berupa penghantaran bantuan dan anggota sukarela ke tapak projek di Kampung Samparita Laut, Kota Marudu,Sabah. 
Hasil penulisan mengenai inisiatif tersebut oleh Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menggambarkan betapa keadaan getir yang terpaksa dilalui oleh anak-anak muda penyokong DAP dan ‘bukan DAP’ merentas hutan, menyeberangi sungai berbahaya dan pelbagai kepayahan sekadar untuk meringankan beban kehidupan penduduk pedalaman berkenaan. alt
Bagi Tony Pua, ia bukan usaha gotong-royong yang diertikan secara umum, tetapi perjuangan bagi meletakkan penduduk pedalaman yangdidakwa tersisih daripada landasan arus kehidupan dan pembangunan negara secara demokratik dan adil.
Apabila siap membina pelbagai infrastruktur asas, termasuk penyaliran air secara sistem graviti, pasukan sukarelawan DAP itu bersantai dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti sosial, termasuk ‘brain-washing’ ala Komunis untuk menanam dan meyakinkan penduduk betapa mereka tersisih dan ketinggalan, dan DAP yang kini tampil untuk benar-benar membantu mereka. 
Kampung Samparita ,mempunyai jumlah penduduk sekitar 200 orang. Apa yang secara bersahaja diceritakan oleh Tony Pua, penduduk terpaksa meletakkan kereta mereka di satu tempat, mereka terpaksa meredah sungai untuk sampai ke perkampungan orang Dusun itu.
Kata kunci yang menyerlahkan keadaan sebenar, ialah ‘kereta’. Penduduk mempunyai kereta dan dikatakan begitu tersisih oleh kerajaan BN.
Tony Pua tidak pula mengupas tentang ratusan kampung seumpama itu yang berlokasi terpencil dan halangan geografi setempat. alt
Beliau tidak pula menyerlahkan tentang kampung-kampung lain yang sudah menikmati bantuan kerajaan BN. Jumlahnya lebih banyak daripada satu dua yang cuba ditonjolkan oleh DAP dan Tony Pua.
 
Inisiatif serupa DAP di Sarawak, memaparkan sebuah foto sukarelawan ‘Impian Sarawak’ yang menunjukkan tiang-tiang elektrik di belakang. Bagi yang mudah mempercayai segala asakan anti-establishmen, akan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka itu.
Mudah sungguh bagi Tony Pua memencilkan masyarakat Dusun, Murut, dan Bajau sebagai kelompok rakyat yang disisih oleh kerajaan.
Dalam konteks ini, sesiapa yang celik hati dan mata di kalangan anggota masyarakat berkenaan akan tahu apa agenda sebenar DAP di Sabah dan Sarawak.
Mereka tahu mereka sebenarnya tidak disisihkan.
Inisiatif yang agak serupa dilakukan lebih kurang serentak berupa program “RM20 untuk Mengubah Sarawak” di Kampung Sait, Padawan, Kuching. alt
DAP mendakwa melakukan sesuatu yang ‘ikhlas’ dan ‘mulia’ untuk penduduk setempat –berbeza daripada usaha BN yang dilakarkan sebagai lakonan dan kepura-puraan demi meraih undi.
Di Kampung Gerik Ak Tom, Betong, Sarawak, DAP memainkan isu kaum apabila mengatakan rumah panjang  di situ sudah 50 tahun tidak menikmati air paip, walhal perkampungan Melayu yang dikatakan berjiran mendapat bekalan air bersih. 
Infrastruktur di kawasan berkenaan telah diwujudkan sejak PRU 13, tetapi walaupun janji ditabur oleh BN untuk menyediakan air bersih, namun hingga kini belum dilaksanakan, hinggalah inisiatif DAP ini muncul.
Sejurus kemudian dengar khabar pihak JKR memaklumkan akan menyambung Bekalan air dengan segera sebelum Krismas.
 

Apa kata pihak BN?
 

HANGAT PIJO!!! #BN #BarangNaik #BilaNaik #BaruNaik #BerapaNaik #BanyakNaik @NajibRazak

Dipenghujung tahun 2013 ni, bermula September lalu, semua penyokong-penyokong BN kena tebalkan muka dan cuping telinga, menahan caci maki yang datang dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini semua angkara pelbagai kenaikan yang diumumkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang menang dengan majoriti mudah pada PRU ke 13 yang lalu.

Bermula dengan pengurangan subsidi minyak petrol yang menyebabkan harga RON 95 naik kepada RM2.10sen seliter berbanding RM1.90/liter sebelum ini.

Selang tak lame selepas itu, BOOOMMM!!! Kerajaan bagi lagi rakyat terkejut dengan kenaikan harga gula. Alasan Pak Jib, Pak Jib nak jaga kesihatan rakyat. Tak boleh makan gula berlebihan. Nanti dapat penyakit macam².

Dah berapa kali terkejut dah tu kome. Belum reda rasa terkejut sebab harga gula naik, TNB pulak umum kenaikan takrif elektrik. Adoiiiii, kena baham lagi lerrr. 

DAN, terkini dan terbaru, Si Wahid Pak Tongko keluar kenyataan kerajaan TERPAKSA menaikkan  kadar tol di 13 buah lebuhraya seluruh tanahair dengan kadar antara 30 sen ke RM1.00 bermula tahun depan.

Dalam semua kes tersebut di atas, yang paling hangat pijor adalah pengundi-pengundi BN pada PRU13 yang lalu. Mana tidaknya, udah le terpaksa menahan cacian penyokong PR, lepas tu sama-sama menanggung akibat segala kenaikan.

Alasan bagi segala semua kenaikan bermula dari petrol hingga ke tol tu, ada antaranya yang menyakitkan hati. Tak perlu le YPS nak cerita tang mana yang nyakitkan hati tu, buat sakit hati je ! ! !

YPS ~ fikir-fikirkan, apa pulak yang nak naik lagi lepas ni.

Ahad, 15 Disember 2013

KISAH NELSON MANDELA & MAHATHIR YANG TIDAK AKAN DISIARKAN BLOG PRO PEMBANGKANG


Hari ini, Nelson Mandela dikebumikan di kampung kediamannya di Qunu, Afrika Selatan. Beliau adalah pejuang nasional Afrika Selatan berdepan dengan sistem apartheid tetapi segalanya itu tidak pernah melunturkan semangat beliau.

Satu perkara yang mungkin tidak diketahui oleh kita semua ialah hubungan istimewa di antara Nelson Mandela dengan Tun Dr Mahathir dan negara Malaysia!

Perkara ini juga tidak mungkin akan disiarkan oleh media pembangkang.

Baca kisah ini di MiM.http://novandri.blogspot.com/2013/07/yang-anda-tidak-tahu-tentang-tun.html?m=1

#PengkaderanUMNO: MEDIA SOSIAL DIOPTIMUM, PEMUDA TUBUH AKADEMI KAPTEN HUSSEIN ONN @zahid_hamidi @azwanbro #ZuriatUMNO


Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang lalu menekankan keperluan mengukuhkan pengkaderan parti dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para anggota agar budaya kepartian berakar umbi dan terpateri dalam sanubari 'orang UMNO' bagi memastikan kelangsungan UMNO.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata didalam satu program Ruang Bicara terbitan BernamaTV bahawa media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya lagi.

Menurutnya lagi, usaha akan dibuat untuk memperkukuh kumpulan media baharu UMNO dari kalangan anggota UMNO dan Barisan Nasional.

Jika selama ini UMNO hanya bersifat defensif, bila diserang. Tetapi dengan wujudnya program pengkaderan ini, UMNO akan sentiasa memperjelaskan dasar kerajaan dan parti supaya seimbang antara yang hak dan yang batil.

Ditanya sama ada langkah memperkasa 'cybertroopers' UMNO akan membawa kepada pertembungan dengan 'Red Bean Army' yang dikatakan dibelakangi pembangkang, beliau berkata jumlah 'tentera' Umno perlu ditambah untuk terus menguasai khalayak.
.
Azwanbro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO juga akan menjadikan Pengkaderan UMNO sebagai agenda utama sayap itu.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mewujudkan sebuah biro baru yang dinamakan Biro Pengkaderan Politik setelah dipersetujui oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akademi kepimpinan akan diletakkan dibawah biro tersebut yang dinamakan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Onn sempena nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang pertama, Tun Hussein Onn.

Akademi tersebut akan menjadi tempat pengkaderan kader-kader baru dikalangan pemuda dikalangan mahasiswa serta profesional untuk dikenalpasti seterusnya dilatih sebagai pemimpin masa depan.