Rabu, 13 Ogos 2014

#KemelutSelangor: 4 Exco PAS Hadir MMKN, Sultan Selangor Perkenan Pemecatan 5 Exco


Nampak gayanya, usaha Anwar Ibrahim menyingkirkan Khalid masih menemui kegagalan apabila Empat Exco PAS tidak mengendahkan kata dua DAP apabila menghadirkan diri untuk Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

4 Exco tersebut, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Dr. Halimah Ali hadir seperti biasa menjalankan tugas mereka di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) termasuk turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

Dalam masa yang sama, tiga bekas Exco kerajaan negeri daripada DAP dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap hadir ke pejabat mereka seperti biasa pada hari ini tetapi tidak hadir mesyuarat MMKN.

Mereka ialah Elizabeth Wong (PKR), V. Ganabatirau (DAP) dan Datuk Teng Chang Khim (DAP) dan Ean Yong Hian (DAP).

Dalam satu kenyataan semalam, Teng menganggap pemecatan tersebut tidak sah kerana menurut beliau hanya Sultan Selangor yang layak memecat beliau, bukan Khalid yang telah dipecat keahliannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SULTAN SELANGOR PERKENAN PEMECATAN 5 EXCO


D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pemecatan lima Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Khalid dalam sidang akhbar hari ini mengesahkan menerima surat daripada Sultan Selangor berkaitan perkara itu.

Beliau turut menunjukkan surat tersebut kepada media dalam sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..