Rabu, 13 Ogos 2014

#PKR &# DAP Rayu #PAS Tunjuk Solidariti, Arahkan 4 Exco Boikot MMKN Selangor @khalid_ibrahim

Bukan kah ini muka apek yang nak saman Ahli Parlimen Temerloh baru-baru ni???
Kemelut Selangor makin menarik untuk kita saksikan. YPS melihat rakyat Selangor menjadi mangsa kemelut yang melanda Pakatan Rakyat.

Selepas 6 Exco DAP dan PKR Selangor dipecat oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, PKR serta DAP merayu PAS menunjukkan solidarati untuk menghalang empat Exco PAS daripada hadir Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

"Kami rasa pemecatan ini tidak beretika dan tak hormati pinsip demokrasi. DAP dan PKR tak boleh terima pemecatan ini.

"Saya minta Mustafa Ali untuk sampaikan mesej kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS dan tunjuk solidariti kepada PR supaya exco PAS juga tak hadir pada mesyuarat exco," katanya kepada pemberita dalam sidang media tergempar di ibu pejabat PKR, malam semalam.

Malah menurutnya, pemecatan lebih daripada separuh exco negeri itu boleh dipertikai dari sudut perundangan.

"Pemecatan exco-exco ini berdasarkan keengganan kedua-dua parti untuk menyokong beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebagai menteri besar.

"Pemecatan ini tak adil dan boleh dipertikai dalam aspek perundangan. Kita tak faham bagaimana menteri besar boleh buat sedemikian," katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan kelima-lima exco yang dipecat.

PAS dalam satu kenyataan seperti dikeluarkan oleh Harakahdaily menegaskan keempat-empat Exco mereka akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos nanti.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya. 

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Apakah PAS mementingkan rakyat atau rakan mereka??? Sama-sama kita tunggu & lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..