Rabu, 13 Ogos 2014

@NajibRazak Ucap Tahniah Kepada Erdogan, Bakal Presiden Turki Ke 12 @Azwanbro #pemudaUMNO

PM Najib Razak bertemu Erdogan dalam lawatan rasmi ke Turki, 16 April lalu.
YAB Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya presiden negara itu yang pertama kali dibuat secara langsung pada Ahad.

"Tahniah Erdogan kerana menang pilihan raya presiden. Malaysia berharap hubungan lebih baik dan lebih strategik dengan Turki," katanya dalam akaun Twitter beliau.



Erdogan, 60, menjadi perdana menteri sejak 2003 memperoleh kira-kira 52% undi untuk dipilih menjadi presiden Turki ke-12.

Beliau melakar sejarah apabila memenangi pilihan raya presiden langsung pertama diadakan di negara itu.

Kejayaan Erdogan dalam pilihan raya tersebut membawa beliau selangkah lebih dekat dengan jawatan presiden yang diinginkan sejak sekian lama.

Dalam masa beberapa minggu ini, Erdogan akan mempengerusikan untuk kali terakhir mesyuarat Parti AK yang diasaskannya dan memantau pemilihan pemimpin baharu parti pemerintah itu, berkemungkinan tokoh paling setia dan bakal Perdana Menteri baharu.

Erdogan dijangka akan ditabal sebagai Presiden pada 28 Ogos ini.

Erdogan berjanji menggunakan kuasa penuh presiden menurut undang-undang sedia ada, tidak seperti pemimpin sebelum ini yang cuma menjalankan tanggungjawab rasmi.

Beliau juga tidak merahsiakan rancangannya meminda Perlembagaan dan membentuk presiden eksekutif.

“Saya mahu menggariskan saya akan menjadi presiden kepada 77 juta rakyat, bukan untuk mereka yang mengundi saya saja. Saya akan menjadi presiden yang berkerja untuk bendera, untuk negara, untuk rakyat,” katanya dalam ucapan kemenangan.

Datuk Seri Najib, pada 16 April yang lalu mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Turki bagi mengadakan pertemuan dengan Erdogan.

Lawatan tersebut bertujuan meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan Malaysia-Turki, di samping mewujudkan peluang bagi pemimpin kedua-duanegara untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan persefahaman mengenai isu kepentingan bersama.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan delegasinya pada 15hb April lalu turut berkunjung ke Turki bagi bertemu kepimpinan Pemuda Parti AK di Ankara.



Lawatan rasmi yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun bertujuan mengeratkan hubungan diantara kedua-dua kepimpinan sayap parti pemerintah Malaysia-Turki. Selanjutnya di SINI.

TURKI berada dalam keadaan yang mencabar pada masa ini. Kemenangan Erdogan sebagai presiden boleh dijadikan titik permulaan untuk proses pemulihan dan membina rekod baru Turki di rantau Asia Barat dan seluruh dunia Islam.

Walau bagaimanapun, penilaian keatas Erdogan dan Turki perlu realistik, mengambil kira realiti kedudukan Turki sebagai sebuah negara sekutu penting AS, model negara "Muslim moderat" anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Tetapi Erdogan telah menunjukkan sikap yang agak tegas dalam berdepan Zionis, walaupun sebahagiannya mungkin didorong oleh keperluan politik domestik, terutama melibatkan kepungan ke atas Gaza dan kesepakatan negara-negara Arab yang memusuhi Hamas dan Ikhwan al-Muslimin sehingga menjejaskan kepentingan umat dalam menghadapi Israel.


Tidak mudah untuk Turki bertindak bebas dalam dasar luarnya ekoran pakatan dan perjanjian yang disertai dan ekoran persaingan kuasa-kuasa serantau melibatkan negara Arab berpengaruh seperti Arab Saudi dan Mesir, tetapi Erdogan masih boleh diharapkan untuk memainkan peranan yang konstruktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..