Rabu, 6 Ogos 2014

#ZiarahPrihatin: Dato' @Zainolfadzi Sampaikan Bantuan #YayasanTransformasiPasirSalak Kpd Mangsa Kebakaran @azwanbro @ZambryAbdKadir #YTPS


Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS), semalam telah mengadakan Program Ziarah Prihatin pertama selepas sambutan Aidilfitri di sekitar Parlimen Pasir Salak.

Ianya merupakan kesinambungan Program Prihatin Ramadhan yang telah diadakan pada bulan puasa yang lalu.

Cikgu Musselihat Bin Shariff serta keluarga merupakan keluarga pertama yang menerima kunjungan kumpulan Ziarah Prihatin YTPS.

Beliau yang juga seorang guru telah kehilangan tempat tinggal setelah rumah kediamannya musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada 1hb Ogos lalu.

Menurut Cikgu Musselihat, kebakaran bermula di tingkat atas rumahnya, dipercayai berpunca dari litar pintas dan menyebabkan beliau mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM70 ribu.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat didalam tragedi tersebut.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin turut bersama dalam Ziarah Prihatin tersebut dan telah sudi menyampaikan sumbangan ehsan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu bagi pihak Yayasan Transformasi.

Bercakap kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan tersebut, YB Dato' Zainol berkata, YTPS bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Cikgu Musselihat.

“Sesuai dengan matlamat YTPS ditubuhkan, maka saya serta ahli Yayasan Transformasi hadir bagi menziarahi dan berkongsi kesedihan Cikgu Musselihat yang juga merupakan ahli YTPS.

"Selain itu, saya telah diminta oleh pihak YTPS untuk menyampaikan sumbangan ehsan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa memandangkan 

Menjawab soalan pemberita, Dato Zainol memaklumkan bahawa YTPS merupakan sebuah NGO baru dan telah diluluskan pendaftarannya pada April yang lalu.

"Yayasan Transformasi ini diasaskan oleh dua pemimpin muda di Pasir Salak, dipengerusikan oleh Saudara Khairul Azwan Harun dan Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli selaku Timbalan.

"Antara objektif penubuhannya adalah untuk menjalankan aktiviti kebajikan membantu golongan keterbawahan yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.

Tambah Dato' Zainol lagi, beliau sendiri selaku wakil rakyat (DUN Sungai Manik) amat mengalu-alukan sumbangan dan sedia bekerjasama dengan mana-mana NGO dalam memberi bantuan sebegini bagi meringankan beban rakyat.

"Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan wakil rakyat agak terhad. Jadi dengan bantuan NGO seperti YTPS ini ianya secara tidak langsung turut membantu meringankan beban yang ditanggung oleh wakil-wakil rakyat.

Saya difahamkan, YTPS akan mula menggerakkan sukarelawan mereka bagi kerja-kerja baik pulih rumah, terutamanya bagi kes melibatkan pendawaian elektrik yang telah lama serta berisiko menyebabkan kebakaran berpunca dari litar pintas seperti yang berlaku kepada keluarga ini," ujarnya lagi.

Selesai program di Zon Anak Sungai, Ziarah Prihatin YTPS bergerak ke Kampung Gajah bagi menziarahi Tuan Haji Yusuf B. Alang Husin.

Haji Yusuf merupakan bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Salak terkena penyakit angin ahmar buat kali kedua pada hari raya pertama baru-baru ini.

YB Dato' Zainol sekali lagi menyerahkan sumbangan Yayasan Transformasi kepada Haji Yusuf di kediaman beliau di Taman Murni Kampung Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..