Ahad, 18 Ogos 2013

@azwanbro KEKAL KETUA UMNO CAWANGAN BALUN BIDAI

Semalam YPS™ berkesempatan hadir ke Persidangan UMNO Cawangan Balun Bidai yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Balun Bidai.

Seperti kita semua sedia maklum, persidangan UMNO bagi tahun 2013 ini, kita bakal menyaksikan pertandingan bagi memilih ahli jawatankuasa cawangan yang baru bagi menggantikan AJK yang telah dipilih pada tahun 2008 yang lalu.

YPS™ ingin melihat samada akan berlaku pertandingan bagi jawatan Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai. Penyandang bagi jawatan tersebut adalah Saudara Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Seperti yang dijangkakan, Saudara Khairul Azwan Harun telah dipilih sebulat suara oleh seluruh ahli cawangan tersebut untuk sekali lagi menjawat jawatan tertinggi UMNO Cawangan Balun Bidai.

YPS™ mengucapkan tahniah atas kejayaan Saudara Khairul Azwan yang lebih dikenali sebagai @azwanbro baik diperingkat negeri mahu pun diperingkat nasional.

Dalam ucapan penangguhan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan ahli untuk beliau terus kekal menerajui UMNO Cawangan Balun Bidai.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan kedua tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

"Saya memohon doa serta restu seluruh ahli cawangan Balun Bidai agar saya berjaya dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan berlangsung pada bulan oktober nanti." Ujar Azwan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak.

YPS™ sempat bersembang dengan salah seorang ahli cawangan tersebut, dikenali sebagai Abang Midi yang pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai pada tahun 2008.

Apabila ditanya kenapa beliau tidak bertanding untuk dipilih sebagai Ketua Cawangan pada tahun ini, beliau menyatakan bahawa hari ini beliau merasa yakin dengan kepimpinan Khairul Azwan sebagai Ketua Cawangan.

Melihat kepada rekod kejayaan PRU ke 13 yang lalu, PDM Balun Bidai telah berjaya dengan cemerlang mendapat majoriti tertinggi. Selain itu, dibawah pimpinan Azwan, Balun Bidai akan mendapat sebuah Masjid baru yang akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

Untuk itu, beliau pada hari ini, menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Saudara Khairul Azwan Harun. Sebagai ahli UMNO Cawangan Balun Bidai, beliau berbangga dengan pencapaian Khairul Azwan.

Selesai bermesyuarat, UMNO Cawangan Balun Bidai mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri buat seluruh penduduk dan tetamu yang hadir.

Hadir sama, Yang Berbahagia Dato Haji Harun Saruji, Bekas CEO PPNP yang juga merupakan ayahanda kepada Khairul Azwan.

YPS™ mengucapkan TAHNIAH buat Saudara Khairul Azwan Harun aka @azwanbro. Calun NAIB KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

#1bro4nkp




Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..