Ahad, 20 Mei 2012

Perpaduan Melayu Hancur Angkara PAS

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tuduhan PAS bahawa beliau mencampuri urusan politik dan pada masa sama menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan.
Beliau berkata tuduhan Mursyid AM PAS tok guru Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau campur politik adalah tidak benar.
Katanya beliau selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik.
"Bahkan saya tidak pernah pun mendaftar diri sebagai ahli mana-mana parti politik,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mahu Mufti Perak tidak campurtangan dalam hal politik.
Dalam pertemuan di pejabatnya, Harussani mendedahkan sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.
"Bahkan daripada awal sejarahnya bapa saya ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan kemudian ia keluar UMNO, semua ahli keluarga saya masuk PAS, tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
"Berdakwah kepada orang supaya kita menjalankan hukum Islam di negara ini dan dalam ceramah kita bangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan," katanya.
Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan PAS yang ada hari ini sudah jauh menyimpang daripada perjuangan menegakkan Islam.
"Kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong' kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
"Banyak contoh  boleh diberi umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih tetapi(terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.
"Jadi saya katakan sedangkan yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam lagi tapi sembelihnya. . .  haram.
"Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya  di Kedah..yang datang membeli ramai orang PAS dan orang UMNO pun ada.
"Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampung itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian," katanya.
Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula.
"Sampai begitu mereka buat dia, jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
"Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.
"Kalau seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagainya maka orang menganggap itu halal..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
"Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita menggelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan sama sekali dengan hukum syarak. "
"Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitan kalau kita maki hamum dan sebagainya. Parti syaitan kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan" ujarnya.
Menurut Harussani lagi contoh lain adalah dua imam sepertimana di Terengganu.
"Bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah satu imam. Bab sembahyang . … sepatutnya kenapa nak kita pecah-pecahkan dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS."
"Saya juga rasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . Orang sekampung pun berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh bagi Islam
"Bukan buruk orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu telalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.
"Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi sehingga langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri," katanya.
Katanya perkara seperti inilah yang menjadikan masyarakat Islam makin mundur dan sebagainya.
"Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0  disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Allah…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . ."
"Maknanya kita perlu bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.
"Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
"Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ya… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan dia dihentam oleh orang jahiliah.
"Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan.
"(Berdemonstrasi) bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.
"Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.
"Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja
"Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan"
Harussani menjelaskan lagi beliau tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa dilihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak.
"Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.
"Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampung orang, orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .
"Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.
"Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.
"Islam berasal daripada silmun bermakna kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.
"Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah," katanya.
Dengan nada kesal Harussani berkata  Islam yang diperjuangkan PAS dikaitkan dengan semua perkara negatif tersebut.
"Jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.
Katanya panggilan dan gelaran yang diberikan PAS kepada beliau amat berat.
"Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua Pas tapi tidak ada langsung pun teguran dibuat terhadap mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.
"Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan hak dan saya bukannya daripada parti mana pun.
"Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana Nik Aziz terlalu banyak menggelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.
"Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.
Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip, Harussani berkata:
"Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam, PAS sokong.
"Yang kedua kita melihat Ambiga sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti menentang.
Beliau hairan kenapa PAS menyokong orang seperti ini.
"Apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
"Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan Islam," katanya.
Beliau menasihatkan puak-puak ini supaya berhati-hati dalam hal berkaitan agama dan tidak taksub kepada orang atau parti sehingga sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah.
Harussani berkata berdasarkan apa yang didedahkan beliau mahu rakyat membuka mata.
"Peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan," katanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 16 Mei 2012

WARAN TANGKAP INTERPOL BUAT NAJIB RAZAK

SILA SEBARKAN MAKLUMAT RAHSIA INI. Admin harap sila baca sampai habis seluruh artikel ini.

ini dari orang dalam di MOF sendiri. Negara Malaysia bakal digadai oleh PEMERINTAH yang berkuasa sekarang, admin tidak pasti ianya benar atau tidak!
KAH KAH KAH KAH KAH KAH 


Jom pakat gelak ramai2. Kenapa kena gelak???? Korang baca ayat kaler hijau di atas tu... Tang mana yang kelakarnya????
Tang ni --- >> admin tidak pasti ianya benar atau tidak!
Korang nak kepastian??? Klik INTERPOL... Jumpa tak nama YAB Perdana Menteri kita???

Tak jumpa???? JOM PAKAT GELAK LAGI...........................

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Puak-puak Pakatan Rakyat ni, terutamanya Melayu Islam PAS & PKR ni, bukan saja dah rosak aqidah tapi rosak pemikiran. Perlu ke berpolitik sampai macam ni??? Kalau puak2 nii la yang jadi pemerintah Malaysia sejak Merdeka, hancurrrrr. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012

Tema sambutan Hari Guru bg tahun 2012 adalah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya: "Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik".( Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu'allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertakwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi SAW di hari akhirat nanti.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai ilmu bab akidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah SWT, meyakinkan pertemuan dengan Allah SWT, mengharapkan rahmatNya dan takutkan seksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya: "Wahai anakku! Dirikanlah solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".
(Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته

Maksudnya: "Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya". (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah SWT. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah SWT jika melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru-guru samada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertakwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktu-waktu cuti atau hujung minggu.

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yg bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar.

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi SAW, sejarah para sahabat r.a dan para solihin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wasallam:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع

Maksudnya: " Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ".( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم

Maksudnya: "Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ".

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah SWT:

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا

Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang)". (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu , bertakwa dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.

Guru yang menyampaikan ilmunya adalah berupa ilmu yang bermanfaat, jika ilmu tersebut di amalkan berterusan hingga ke hari kiamat maka walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka pahalanya akan berterusan diperolehi.

Perhatikanlah hadis Nabi SAW. yang bermaksud : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya .
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini.

YPS ~ hari ini, segelintir guru membawa ideologi politik di sekolah. Jangan lah terapkan nilai2 yang tidak baik dalam jiwa anak2 kita. Mereka pelapis kepimpinan negara.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 12 Mei 2012

TAKKAN UMNO HILANG DI DUNIA :SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 66 UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil gegak gempita malam ini apabila seakan-akan telah membuat keputusan mahu membubarkan Parlimen.

Ketika menyifatkan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 itu begitu hebat dengan kehadiran kira-kira 120,000 orang dan akan diingati dalam lipatan sejarah negara, Presiden UMNO itu berkata, beliau seperti merasakan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Ketika hadirin yang terdiri daripada ahli UMNO termasuk ketua-ketua parti komponen, badan-badan bukan kerajaan serta para perwakilan asing dan wakil media bersorak mendengar ungkapan beliau, Najib kemudian 'meredakan' keadaan dengan menarik perhatian hadirin supaya menafsir tujuh sebab sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 perlu diadakan dalam waktu terdekat atau tidak.

"Baik...nak ada pilihan raya esok, bulan Jun ke...bila-bila bulan...tahun depan...tak boleh (tahun depan)? kita dah bersedia! kita dah bersedia! kita dah bersedia!, boleh menang! boleh menang! boleh menang!.

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi sambutan hangat oleh ahli-ahli UMNO ketika tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya bagi tujuh sebab...sebab tujuh dekad UMNO dah berjasa pada negara.

"Kalau kita nak pilihan raya nanti bila sampai masanya, kita perlu buat perhitungan. Ada tujuh prinsip yang kita boleh buat pertimbangan," kata beliau ketika berucap menyempurnakan majlis sambutan tersebut.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan veteran parti termasuk bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Najib mengungkapkan satu persatu tujuh prinsip berkenaan yang perlu direnung oleh rakyat Malaysia sebelum Parlimen boleh dibubarkan, iaitu:

1) Antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan janjinya ditepati. Siapa sudah bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Baucar Buku 1Malaysia kepada mana-mana sekolah, siapa sudah beri (bonus atau durian runtuh) kepada peneroka Felda.

Siapa sudah buat Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, jalan luar bandar dan dalam bandar, siapa sudah buat sekolah. Siapa sudah buat segala-galanya...bukankah BN.

Namun, sebelum saya (Perdana Menteri) pergi ke prinsip kedua, saya nak tuan-tuan nyatakan siapa yang 'pegang kepala' Kampung Buah Pala (di Pulau Pinang) yang janji pakatan pembangkang, kalau mereka menang, mahu kekalkan kampung berkenaan.

Siapa pula buat 22 janji di Selangor tetapi sebahagian besarnya gagal ditunaikan. Siapa yang gagal uruskan soal air?

2) Yang kedua, kalau tentu (parti itu) nak dipilih, tentukan kita pilih hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa yang boleh beritahu ini?

3) Siapa boleh pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan, institusi raja-raja serta hak-hak kaum lain.

4) Siapa boleh uruskan ekonomi kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang memberangsangkan?

5) Siapa yang boleh menjamin keharmonian dan perpaduan (kaum) berkekalan?

6) Siapa yang boleh membuat pembaharuan secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada negara ini?

7) Siapa yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang berpendapatan tinggi?

Dalam hal ini, Presiden UMNO itu menarik perhatian hadirin pada sambutan itu supaya menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai saksi di mana semua mereka berkumpul untuk bersama-sama memupuk keyakinan menghadapi pilihan raya umum.

"Siapa kata dokongan orang Melayu pada UMNO sudah menurun sedangkan hari ini kita menyaksikan sokongan kepada kita semakin meningkat.

"Saya nak tanya, apabila kedudukan orang Melayu dipersoal, Islam diasak, bila institusi raja-raja diketepikan, siapa yang pertahankannya.

"Sesungguhnya UMNO sudah berjalan begitu jauh, setiap inci tanah sudah dimakmurkan. Jangan sesekali kita biarkan kita dibinasakan. Biar putih tulang, jangan biar rakyat dan bangsa dibinasakan, kelak anak cucu terbangsat hidup mereka,'' katanya.

Kepada hadirin dan ahli UMNO seluruhnya, Najib berpesan: "Jangan terpalit damak beracun, sandiwara lawan yang tempah kegagalan.

"Ayuhlah, jangankan gerimis, hujan pun kita akan redah, ribut taufan kita akan harungi, jangankan air bah, gelombang pun kita akan harungi... jangankan gerhana, gelap gelita pun kita harungi. Biar berdentum guruh di langit, hidup UMNO untuk Barisan (Nasional)," tegasnya.-Utusan

YPS ~ UMNO dah sinonim dengan Malaysia & Dunia. TAKKAN UMNO HILANG DI DUNIA.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 7 Mei 2012

KETUA PEMUDA BN PERAK :SEHARIAN DI KAWASAN

Semalam, 6hb MEI 2012 (AHAD) seharian sibuk dengan program bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12.00 pagi. Bermula dengan Program Perasmian Penutup Pelancaran Kelab Remaja SEKATA Peringkat Negeri Perak seawal jam 9 pagi di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidamatan Sg, Buluh di Hutan Melintang anjuran bersama Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) dan LPPKN. Saudara Khairul Azwan Dato Harun selaku Ketua Pemuda BN Perak merangkap Timbalan Pengerusi YBUDR telah dijemput bagi merasmikan perasmian penutup.



Jam 11.30 pagi berkejar pula ke Taman Seri Manik bagi menyambut rombongan pelari LARIAN BENDERA UMNO dari UMNO Bahagian Teluk Intan. Siap menanti di sana adalah YB Dato Tajuddin Abd Rahman selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak yang akan menerima bendera tersebut dan menyerahkan kepada pemuda-pemuda UMNO Pasir Salak yang akan meneruskan larian dan membawa bendera tersebut untuk diserahkan pula kepada UMNO Bahgian Air Kuning. Dijangka tiba ke kediaman Ketua UMNO Bahagian Air Kuning sekitar jam 2 petang.


UMNO Bahagian Teluk Intan menyerahkan bendera kepada UMNO Bahagian Pasir Salak 

YB dato Tajuddin menyerahkan bendera kepada Khairul Azwan



Pelari 'Larian Bendera' Pasir Salak membawa bendera keramat.

Jam 2 petang, pelari serta konvoi Larian Bendera Pasir Salak tiba di kediaman Ketua UMNO Bahagian Air Kuning bagi menyerahkan bendera-bendera kepada UMNO Bhgn Tapah. Khairul Azwan selaku Ketua Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak mewakili UMNO Bahagian Pasir Salak menyerahkan bendera kepada Ketua UMNO Bahagian Tapah.

Azwan menyerahkan bendera kpd YB Dato Samsudin B. Abu Hassan

Ketua Pemuda Tapah menerima bendera dari YB Dato Samsuddin

Khairul Azwan berucap di Air Kuning


Selesai Program Penyerahan Bendera Larian Bendera UMNO di Air Kuning, kami bergerak ke Langkap bagi Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional Pasir Salak dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Zon Sg Manik. Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Seri Reezal Merican B. Naina Merican, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada jam 4 petang. YB Dato Haji Tajuddin B. Abdul Rahman selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Pengarah Pilihanraya Parlimen Pasir Salak turut hadir.

Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO Sempena Ulangtahun ke 66 UMNO

Ketua Pemuda Barisan Nasional Pasir Salak

YB Dato Ketua Bahagian Pasir Salak

YBhg Dato Seri Reezal Merican B. Naina Merican
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

Cenderahati

Program terakhir adalah Program Santai Malam dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda BN Zon Labu Kubong di Arena Square Chenderong Balai. Program ini akan disempurnak pelancarannya oleh YB Dato Zainol Fadzi B. Paharudin pada jam 9.30 malam.






Jam 12 tengah malam, selesai segala program yang telah dirancang dengan jayanya. Alhamdulillah. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

YPS ~ Penattttttttttttttttt!!!~ Longgor kepale lutut...

Khamis, 3 Mei 2012

Lagi Amanat Hj Hadi Awang

Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.

-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009

Haji Hadi berkata:
"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.

Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini."

YPS™ tak suka buka aib orang. Tak suka dedah 'kemaluan' orang. TAPI Wajib kita berpesan-pesan dengan kebenaran. Apa lagi kebenaran tu berkaitan akhlak sesorang yang nak jadi pemimpin umat Islam.




Sent from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 2 Mei 2012

Ketua Pemuda BN Perak Bersama Mahasiswa UTM Dan UHTM Di Johor





PERASMIAN HARI ANUGERAH PELAJAR SMK DATO SERI MAHARAJA LELA, KG GAJAH

KAMPUNG GAJAH - Pada 26hb APRIL yang lalu, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah dijemput bagi merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah.

Seramai 13 orang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah mendapat keputusan cemerlang 'straight A'.

Sewaktu perasmian Majlis Anugerah yang sama pada tahun 2011, Khairul Azwan telah berjanji akan memberi saguhati sebanyak RM1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi PMR & SPM sebagai ganjaran atas kejayaan pelajar yang berusaha keras.

Kehadiran beliau pastinya telah dinanti-nantikan oleh 13 orang pelajar yang layak untuk mendapat ganjaran seperti dijanjikan.

Azwan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBUDR dalam ucapannya meminta agar Pihak Sekolah, PIBG dan PPD Perak Tengah agar mengadakan sebuah program agar pelajar-pelajar PMR yang berjaya akan kekal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM khususnya pelajar yang masih berada di SMKDSML.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak, berjanji akan membiayai program tersebut dan beliau sendiri sudi hadir mambantu agar perlaksanaan dan matlamat program tercapai dengan jayanya.

Azwan juga menyeru agar ibubapa juga turut memainkan peranan dan turut serta hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak yang akan menyertai program tersebut.


Beliau juga turut berjanji akan meneruskan memberi saguhati serta ganjaran bagi pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi calun-calun PMR dan SPM tahun ini.


YPS™ ~ rasa nak ambik periksa PMR dan SPM lak. Lumayan tuh... Tahniah Boss atas semangat ingin melihat anak bangsa berjaya. Semangat inilah yang patut ada dalam jiwa seorang pemimpin.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..