Selasa, 30 Julai 2013

MAJLIS IHYA' RAMADHAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PERAK




Pada petang 29 JULAI 2013 telah berlangsung Majlis Ihya' Ramadhan 1434H Peringkat Negeri Perak di perkarangan Masjid Al Mukmin, Tapah.

Program ini adalah program tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak di bawah pimpinan Saudara Khairul Azwan Dato Harun setiap kali tiba bulan Ramadhan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Dalam ucapan perasmian, beliau selaku Menteri Beliau dan Sukan memuji program tersebut yang mana dapat mendekatkan golongan muda khususnya belia dengan masjid yang menjadi tunjang penyatuan ummah.

Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti penting dalam mengembangkan Islam serta menyebarkan ilmu agama bagi memantapkan iman para sahabat baginda.

Melihat kepada senario hari ini, ada segelintir rakyat Malaysia khususnya bukan Islam yang mula berani mempersendakan agama Islam. Merujuk kepada kes Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Beliau percaya perkara ini berlaku apabila ummah tidak bersatu sehingga memberi ruang kepada penganut agama lain mempersendakan Islam.

Dalam ucapannya, Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia memuji tindakan tegas Kerajaan Malaysia dalam menangani isu tersebut.

Jika tiada tindakan tegas dan dibiarkan berleluasa, ianya boleh mencetuskan ketegangan antara penganut-penganut agama di Malaysia.

"Bukan sekadar menghina agama Islam, kita juga tidak mahu sesiapa menghina kepercayaan Hindu, Buddha, Kristian dnn sebagainya. Pendirian Pemuda UMNO jelas dalam isu ini", tegas Khairy.

Sejurus selepas perasmian, Khairy menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, pelajar Maahad Tahfiz, golongan ibu tunggal dan rakyat kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Dato Shahrul Zaman Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tapah, Dato Shamsudin Abu Hassan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Khairuddin Mohd Jali.

Sabtu, 27 Julai 2013

DR ZAMBRY DILANTIK MENERAJUI UMNO PERAK.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Perlantikan beliau diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat .

Najib yang juga Presiden UMNO turut mengumumkan perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri -negeri lain.

Ketika pengumuman dibuat, beliau berkata, perlantikan kesemua pengerusi dan timbalan badan perhubungan UMNO negeri itu adalah berdasarkan keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah:

1. Perlis:

Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim.
Timbalan Pengerusi – Azlan Man.

2. Kedah:

Pengerusi – Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

3. Kelantan:

Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed.
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek.

4. Terengganu:

Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said.
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh.

5. Pulau Pinang:

Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman.
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

6. Perak:

Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

7. Pahang:

Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob.
Timbalan Pengerusi – Datuk Mohd Shakar Shamsudin.

8. Selangor:

Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar.
Timbalan Pengerusi – Abdul Shukor Idrus.

9. Wilayah Persekutuan:

Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

10. Negeri Sembilan:

Pengerusi – Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor.

11. Melaka:

Pengerusi – Datuk Idris Haron.
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Ahmad Hamzah.

12. Johor:

Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr Latif Ahmad.

13. Sabah:

Pengerusi – Datuk Seri Musa Aman.
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Saleh Said Keruak.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..