Memaparkan catatan dengan label AK Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AK Parti. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

#NKPUM @Azwanbro Saran Had Usia Ketua Pemuda Setakat 40 Tahun @NajibRazak @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @putra2388 #PeremajaanParti #TransformasiPolitik


NAIB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun mencadangkan agar had umur Ketua Pemuda UMNO ditetapkan setakat usia 40 tahun demi merealisasikan impian meremajakan parti dan melahirkan pemimpin pelapis.

Azwan menambah, sayap UMNO memerlukan suntikan baru bagi menarik generasi muda menyertai parti dan yakin ia dapat dicapai apabila pemimpinnya dari kalangan generasi muda berusia 40 tahun kebawah.

"Ketua Pemuda UMNO bertaraf Naib Presiden tetapi had usia jawatan yang akan mewakili suara anak muda itu tidak dihadkan kepada 40 tahun sebagaimana parti menghadkan penyertaan ahlinya setakat usia 40 tahun baik di semua peringkat bahagian dan juga cawangan,” katanya.

Khairul Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan dua Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tambun dan Ipoh Barat yang diadakan berasingan di Ipoh, semalam.

Negara luar seperti Australia, Singapura, Turki dan beberapa negara lain telah lama menghadkan usia pimpinan muda mereka, malah had usia yang ditetapkan adalah setakat 30 tahun.


Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh.
"April lalu, saya dan delegasi Exco Pemuda UMNO Malaysia telah berkunjung ke Turki untuk bertemu dengan kepimpinan pemuda parti pemerintah di sana, iaitu AK Parti (Adalet ve Kalkınma Partisi).

"Apa yang mengejutkan saya adalah Ketua Sayap Pemuda AK Parti baru berusia 28 tahun, jauh lebih muda dari saya tetapi mereka telah diterima dan diiktiraf dalam barisan kepimpinan parti tersebut," ujarnya.

Beliau percaya, langkah menghadkan usia Ketua Pemuda akan menarik minat dan mendorong lebih ramai anak muda khususnya golongan profesional menyertai parti.

"Hari ini, Pakatan Rakyat mewar-warkan bahawa ramai golongan profesional terutama golongan muda telah menyertai mereka dengan niat menimbulkan persepsi buruk bahawa UMNO ditolak oleh golongan tersebut," tegasnya lagi.

"Saya yakin, jika kita senarai panjangkan golongan muda yang menyertai UMNO, kita akan dapati sebenarnya UMNO memiliki jauh lebih ramai profesional muda.

Malah, mereka ini ada yang cuba bertanding merebut jawatan tetapi tewas kepada pemimpin kanan UMNO yang telah sedia dikenali serta mempunyai kemampuan kewangan.

"Apabila umur pemuda Ketua Pemuda UMNO dihadkan kepada 40 tahun, ia membuka ruang kepada pertandingan yang lebih telus tanpa ada sebarang kelebihan memegang jawatan di peringkat kerajaan mahupun parti,” katanya.


Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO, Ipoh.
Tegas Azwan, beliau menyarankan perkara ini demi survival parti dan dengan harapan agar UMNO terus diterima dan diyakini oleh rakyat sebagai satu-satunya parti yang boleh mereka sandarkan harapan untuk membela agama, bangsa dan negara.

"Saya sedar saranan ini jika dilaksanakan akan menidakkan peluang saya sendiri untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti akan datang, kerana saya kini hampir 39 tahun, tetapi bagi saya apa yang lebih penting adalah survival parti yang kita sayangi" katanya.

Dalam ucapannya juga, Azwan turut menyokong saranan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar lebih ramai golongan muda diberikan peluang menjadi calon wakil rakyat pada PRU akan datang.

"Hari ini lebih dari 50 peratus pengundi yang berdaftar terdiri dari golongan muda dan dengan mengambil kira bilangan anak muda yang bakal tamat persekolahan seterusnya layak mendaftar sebagai pengundi, negara kita sebenarnya sentiasa muda," ujarnya.

Di Perak, pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu kita berjaya meyakinkan pucuk pimpinan untuk memberi peluang kepada calon wakil rakyat muda dari sayap parti dan beberapa calon yang kita letakkan berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

"Pemuda UMNO telah menggariskan beberapa kriteria calon muda wakil rakyat untuk diketengahkan antaranya calon tersebut perlu memiliki kredibiliti, bebas daripada anasir-anasir seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, selain mempunyai latar belakang akademik yang tinggi termasuk daripada golongan profesional,” katanya.

Rabu, 30 April 2014

@azwanbro Umum Penubuhan Majlis Ulama Pemuda UMNO @NajibRazak @UstazFathulBari #AkademiPemuda


Sidang media Pemuda UMNO Malaysia bertempat di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda UMNO yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda UMNO bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada UMNO selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini, semalam.

Pergerakan Pemuda UMNO yakin dengan pendekatan secara terbuka seumpama ini mampu menarik lebih ramai ulama muda dan golongan ilmuan agama memberikan pandangan sekaligus memastikan isu berkaitan agama yang dibangkit tidak terhad kepada pandangan beberapa ulama sahaja.

Penubuhan majlis itu susulan dari lawatan Pemuda UMNO ke Asia Barat pada 13 - 16 April yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, delegasi Pemuda UMNO mangadakan pertemuan bersama Naib Presiden Pemuda AK Parti Mr Osman Timurtas di Turki.

Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pimpinan muda berjaya mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dengan mengadakan Program Pertukaran Pemimpin Muda (Youth Leadership Exchange Program) diantara Malaysia dan Turki.

Kerjasama ini bukan sahaja tertumpu dalam bidang politik tetapi mencakupi bidang kebudayaan, ekonomi dan sosial di antara dua negara.

Kepimpinan AK Parti juga dijangka akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada bulan Mei ini.




TAHNIAH Pemuda UMNO serta Ustaz Fathul Bari. Semoga idea Pemuda ini dicontohi oleh UMNO Malaysia.

Selasa, 15 April 2014

@Azwanbro Ketuai Delegasi #PemudaUMNO Msia Berkunjung Ke Turki

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama delegasi Pemuda UMNO sedang dalam lawatan kerja ke beberapa buah negara di Timur Tengah.

Azwan yang mengetuai delegasi tersebut selamat sampai di Ankara, Turki pada jam 5.00 pagi semalam waktu Malaysia. Turki merupakan destinasi pertama dalam siri lawatan tersebut.


Ketibaan beliau disambut oleh Mr Mezut Ödzëmur mewakili Pergerakan Pemuda Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara.


Sebelah petang (waktu tempatan), Azwan mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di sana. Duta Besar Malaysia, En Amran Mohamed Zin meluangkan masa menerima kunjungan delegasi Pemuda UMNO di pejabat beliau.


Selesai bertemu duta negara, Azwan berkunjung pula ke Ibu Pejabat AKP yang terletak di No. 202 Balgat, Ankara, Turki bagi mengadakan pertemuan dengan pimpinan sayap pemuda parti pemerintah negara tersebut.


Kunjungan mereka disambut mesra oleh Jawatankuasa Pemuda AKP diketuai Naib Presiden Pemuda AKP, Mr Osman Timurtas.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam, mereka bertukar-tukar pandangan dan pengalaman selain beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam seluruh dunia.

Sedikit info mengenai AKP atau Adalet ve Kalkınma Partisi atau The Justice and Development Party ditubuhkan pada tahun 2001, menggunakan simbol ‘mentol lampu’ muncul sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum Turki pada tahun 2002.
Kemenangan itu membolehkan aktivis AKP, Abdullah Gül dilantik sebagai Presiden dan Recep Tayyip Erdoğan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki.
AKP berjaya mempertahankan kemenangan pada PRU 2007 dan 2011 dan berkemungkinan besar akan bertanding semula pada PRU 2014/2015.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..