Sabtu, 11 Jun 2016

#PRKKualaKangsar: Naiktaraf #KUISAS, Agenda Utama Kak Mas Utk Golongan Muda Kuala Kangsar @Azwanbro @Khairykj @NajibRazak @Zahid_Hamidi #KakMasPilihanOrgMuda #KakMas4KualaKangsar


Kemenangan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini akan menjadi kemenangan bermakna buat jentera Pemuda BN kerana BN mampu meneruskan agenda pembangunan Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad termasuk agenda melibatkan golongan muda.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda menerima dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, apabila isteri beliau, Datin Mastura telah diangkat oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon BN bagi PRK Parlimen kali ini.

“Kita terima dengan hati terbuka kerana kita percaya Datin Mastura walaupun asalnya dari Negeri Sembilan, walaupun dia lahir dari negeri yang bukan dari tempat kita ini tetapi Datin Mastura telah sebati dengan kita di Kuala Kangsar ini sejak sekian lamanya,” ujarnya ketika berucap dalam program Santai Anak Muda bersama YBKJ di Kg Tanah Lepan di sini, 9 Jun yang lalu.

“Sebab itu kita berjumpa dengan jentera pemuda di semua PDM di sini, untuk kita pastikan dalam keterbatasan Datin Mastura untuk bertemu dengan kita, tetapi ia bukanlah penghalang kerana beliau dikenali, khususnya apabila Datuk Wan Khair-il menjadi wakil rakyat.

“Datin Mastura bukan orang asing di sini.  Beliau sentiasa berada di sisi Allahyarham suaminya sama ada ketika arwah suaminya menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, ketika menjadi ADUN Bukit Chandan dan ketika menjadi Ahli Parlimen, Datin Mastura sentiasa berada di sisi Allahyarham serta sentiasa membantu jentera-jentera yang ada bagi melengkapi peranan Datuk Wan Khair-il sebagai wakil rakyat kita.

“Kita nak memastikan perancangan dan agenda pembangunan yang dibawa oleh calon kita akan sama-sama dapat kita realisasikan dengan kemenangan beliau pada PRK Kuala Kangsar 18 Jun ini”, katanya.

Ini kerana menurut Azwan, Datin Mastura pada Khamis lalu telah pun menggariskan 5 agenda 'Memperjuangkan Harapan Orang Kuale' khusus untuk kemajuan dan pembangunan Kuala Kangsar jika beliau dipilih oleh pengundi pada 18 Jun ini.

“… antaranya menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) iaitu sebuah tempat untuk kita melahirkan modal insan khususnya anak-anak muda untuk mendapat ilmu di peringkat tertinggi dari kawasan Kuala Kangsar ini.

“Jika kita berjaya mengangkat KUISAS menjadi sebuah universiti awam, sudah tentulah lebih ramai generasi muda, anak muda yang berada di sini akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

4 lagi agenda yang dinyatakan oleh Datin Mastura adalah,

  • Menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong,
  • Memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan Jalan Manong Kuala Kangsar,
  • Menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan,
  • Membangunkan semula lembah  dan tebing  Sungai Perak sebagai pusat pelancongan

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menyeru serta meminta agar seluruh jentera-jentera Pemuda BN di setiap PDM komited dan penuh keyakinan untuk menjadi agen pemasaran mewakili calon BN yang akan mengangkat wadah perjuangan anak-anak muda di Kuala Kangsar.

“Inilah masanya untuk kita pertahankan wadah perjuangan BN, jangan kita kurang keyakinan kerana calon ini adalah calon terbaik kita, calon yang boleh menjadi wadah perjuangan BN untuk anak muda yang berada di Parlimen Kuala Kangsar ini.

“Jentera Pemuda dalam tempoh tidak sampai 10 hari lagi ini diminta untuk mengenal pasti, mengenali siapa pengundi muda di bawah umur 40 tahun, mereka yang berada di luar kawasan untuk pulang 18 Jun ini dan memberikan undi mereka kepada Datin Mastura,” ujarnya.

Terdahulu, Azwan menghadiri 'Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa Bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan di Masjid Kg Jeliang, Senggang.

Hadir sama di majlis tersebut, Pengerusi Pemuda BN Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ADUN Chandan, YB Maslin Sham Razman serta anak Datin Mastura, Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN yang diwakili Mastura, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh pengundian awal adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun depan.

Sumber: MediaUMNO

P/S : 

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam telah meluluskan permohonan naiktaraf KUISAS menjadi sebuah universiti berkuatkuasa serta merta dan sebanyak RM43.5 juta diperuntukkan untuk membina Jambatan Manong, Kuala Kangsar.

Isnin, 6 Jun 2016

#RUUMahkamahSyariah: @Azwanbro Desak #PemudaMCA Ambil Tindakan Terhadap Ng Kian Nam @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairykJ #BarisanNasional


Pemuda MCA digesa mengambil tindakan disiplin terhadap ahli pemudanya, Ng Kian Nam yang mengeluarkan kenyataan mendesak YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sekiranya usul Rang Undang Undang (RUU) Mahkamah Syariah diluluskan.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Ketua Biro Undang Undang MCA itu jelas telah membelakangkan semangat setiakawan komponen BN serta terikut dengan sifat dan sikap pembangkang dengan mempertikaikan secara terbuka perkara yang masih dalam perbincangan.

"Dalam semangat setiakawan Barisan Nasional, kita tidak mahu melihat mana-mana ahlinya mengikut sifat dan sikap pembangkang, iaitu mempertikai secara terbuka dan umum perkara yang masih dalam perbincangan, " kata Azwan.

"Saya minta individu ini untuk mengkaji sebelum membuat apa-apa kenyataan. Dan saya mendesak agar Pemuda MCA mengambil tindakan terhadap individu ini.

"Kalau masih lagi ingin mempertikai dan mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan, saya minta biar individu ini sertai sahaja parti pembangkang dah memang itu sifat dan sikap mereka, " tegas Azwan kepada wartawan dalam satu sidang media di Hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, semalam.

Tambah Azwan lagi, setiap ahli perlu mengambil sikap toleransi yang tinggi dalam semangat setiakawan BN, setiap isu yang berbangkit hendaklah dibincang dalam saluran dan forum yang betul bagi mengelakkan sebarang tindakan yang memberi kesan buruk kepada parti.

"Saya memberi amaran sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia kepada ahli-ahli pemuda untuk jangan kita mempertikaikan cadangan Rang Undang-Undang ini kerana ianya bertujuan untuk memperkasa, 'to enrich and to enhance the existing law'.

Pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul rang undang-undang itu bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang di- sebutkan, selain hukuman mati.

Usul persendirian(private bill) yang cuba dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa kali sebelum ini, telah dikemukakan di Parlimen khamis lepas 26/5/16, setelah YB Menteri di JPM membawa usul meminda susunan aturan mesyuarat dgn menaikan/mendahulukan notis usul berkenaan. Dewan seterusnya bersetuju ia di bentangkan dan dibahaskan di sidang Parlimen oktober ini bagi bacaan pertama, kedua dan ketiga menurut peraturan sedia ada. 
(Mengikut peraturan usul persendirian hanya boleh di kemukakan setelah SEMUA URUSAN USUL KERAJAAN selesai.)Usul yang dibawa ialah bagi meminda akta sedia ada yaitu Akta 355-satu akta yg mengawal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Mahkamah di negeri negeri)dlm negara kita. 
Usul ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini. 
Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yg boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan (yaitu Hukuman rotan TERHAD kpd maksimum 6 kali sebatan, denda TIDAK MELEBIHI RM 5000 dan penjara  MAKSIMA 3 tahun). 
Sesetengah pihak berpendapat had ini sudah tidak sesuai malah tidak SELARI DGN SYARIAT.(kali terakhir had ini di pinda ialah pada tahun 1984-32 tahun yg lalu). 
Pindaan ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak TERPAKAI kepada golongan Bukan Islam. 
Usul ini membabitkan akta peringkat persekutuan,dan ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaiannya kpd negeri kerana urusan agama(Mahkamah syariah)terletak bawah kuasa negeri khususnya DYMM Raja/sultan masing masing. 
Ia tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini. (UNDANG UNDANG HUDUD KERAJAAN KELANTAN). 
Justeru itu adalah mustahak bagi sesiapa yg ingin memberi reaksi terhadap perkara ini TERLEBIH DAHULU MEMAHAMI LETAK DUDUK PERKARA SEBENAR dan tidak melatah serta gagal mengawal emosi. 

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355
 

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?Jawapan:Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?Jawapan:Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan IslamJawapan:Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.Jawapan:Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?Jawapan:Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?Jawapan:Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.Jawapan:Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.Jawapan:Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Jawapan:Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?Jawapan:Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawahKuasa Sultan/ Raja-Raja.Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.______________________________________Apabila YB Marang membentangkan pindaan ini nanti, semua Ahli Parlimen bolehlah membahaskannya dan membuat pendirian sama Ada mahu menyokong atau sebaliknya. Buat masa ini BN belum menentukan pendirian resmi mengenainya. Tapi kita bersetuju memberi laluan kpd YB MARANG membentangnya supaya semua pihak boleh membahaskannya.

Jumaat, 3 Jun 2016

#BNYouthJobFair2016: Tawar Lebih 5000 Peluang Kerja Untuk Golongan Muda Pada 11-12 Jun di Kuala Kangsar @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Pusat Kerjaya Amanjaya Perak akan menganjurkan karnival 'BN Youth Amanjaya Job And Career 2016' bagi menyediakan ruang kepada generasi muda memiliki peluang pekerjaan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, karnival yang akan diadakan pada 11 dan 12 Jun ini di Dataran Pavillon, Kuala Kangsar bukan hanya memberi peluang kepada generasi muda tempatan malah juga terbuka untuk mereka di seluruh negara.

Ini kerana menurutnya, peluang kerjaya yang akan ditawarkan nanti tidak terhad di Perak tetapi turut melibatkan kekosongan pekerjaan di negeri-negeri lain.

"Kita juga mengalu-alukan generasi muda dari luar negeri Perak untuk datang kerana peluang kerjaya tidak terhad di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain," jelas beliau.


"Kita akan tampilkan 100 majikan termasuk majikan antarabangsa untuk tawarkan peluang pekerjaan. Lebih 5000 peluang untuk generasi muda di Kuala Kangsar dan seluruh negeri Perak mencuba peluang ini, " ujarnya kepada wartawan dalam satu sidang media di Kuala Kangsar, di sini, petang semalam.

"Ada majikan antarabangsa. Kita berkerjasama dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia.

"Ini peluang mereka generasi muda untuk mencuba nasib terutama mereka yang masih cari kerjaya apa yang sesuai," katanya lagi.

“Penganjuran BN Youth Job & Career Fair adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh barisan Pemuda UMNO sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

"Sejak tahun 2010, Pemuda tidak putus-putus cari penyelesaian bantu generasi muda yang ada teutama untuk dapatkan pekerjaan.

"Ini perjuangan Pemuda untuk membantu generasi muda mendapatkan peluang pekerjaan dan menyara kehidupan mereka," kata Azwan sambil menambah pihaknya sentiasa menyediakan program yang boleh menarik perhatian golongan muda seperti Fit Malaysia.

Karnival dua hari berturut-turut itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada 11 Jun dan manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan.

Seperti karnival yang pernah diadakan sebelum ini, Pemuda UMNO menjangkakan seramai 10,000 golongan muda akan hadir, samada mereka yang menganggur mahupun mereka yang telah bekerja tetapi mencari peluang kerjaya yang lebih baik.

Antara bidang utama yang akan diketengahkan ialah bidang teknikal dan vokasional sesuai dengan keperluan syarikat-syarikat masakini.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..