Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Khamis, 11 September 2014

Tambahan RM300 Kepada Penerima #BR1M Tahun Hadapan - PM @NajibRazak @azwanbro #GST


YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penambahan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300.00 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM800 bagi setiap penerima yang layak pada tahun hadapan.

Berucap di Majlis Penerangan Perdana GST bertempat di Dewan Merdeka, PTWC, Kuala Lumpur, Perdana Menteri menegaskan kepentingan mendapatkan sumber kewangan yang lebih kukuh dengan mereformasikan Cukai Jualan sedia ada agar kerajaan dapat menyalurkan khidmat terbaik kepada rakyat dengan mampan dan berterusan.


Sabtu, 22 Februari 2014

Hampir 6 Juta Rakyat Terima #BR1M3.0 Bermula Hari Ini @NajibRazak #Bajet2014

Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.    

Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh.

Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.

Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion, yang merupakan tertinggi sejak lima rahun, selain jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion.

Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013, manakala FDI pada 2013 berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.

Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.

Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.

Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya. - Bernama

Ahad, 9 Februari 2014

Semakan Status #BR1M3.0 #SemakTerimaSyukur #LoveMyPM @NajibRazak #BN4Malaysia


Sebelum membaca artikel YPS di bawah ini, pembaca boleh klik *PLAY* pada Video Ustaz Kazim Elias (UKE) ini. Sambil membaca, boleh kita dengar apa kata UKE tentang BR1M. 

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pelancaran BR1M 3.0 iaitu pada 22hb Februari 2014 akan datang. 

Dan pengagihan pula akan bermula pada 23hb Februari 2014. Sementara menanti tarikh tersebut, bolehlah kita menyemak keputusan status permohonan kita.

Menurut makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh dibuat bermula awal Februari 2014 lalu. 

Manakala pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014.

Ada dua cara untuk semak keputusan terima BR1M 2014 ini.

Talian BR1M

1-800-88-2716

Anda boleh cuba menelefon talian telefon diberikan yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Jadi, talian tersebut hanya boleh anda dail untuk semak keputusan BR1M dari Isnin sehingga Jumaat sahaja.

Email BR1M

Satu lagi cara ialah dengan menghantar email ke alamat email berikut:

br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my

Anda perlu nyatakan nama serta nombor kad pengenalan dalam email anda tersebut.

Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014

Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon telah dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak menyertakan nombor akaun bank sewaktu mengemaskini data yang berakhir 31hb Januari yang lalu, pembayaran akan mengikut cara lama.

YPS mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat Malaysia yang berjaya dan terpilih untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Nasihat YPS, gunakanlah bantuan tersebut dengan sebaik mungkin. Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana anda tidak seperti rakyat negara jiran - yang tidak pernah berpeluang mendapat bantuan sebegini dari kerajaan mereka.

Bila YPS menulis RAKYAT MALAYSIA, ianya merujuk kepada semua rakyat yang layak, tanpa mengira fahaman dan ideologi politik; samada anda mengundi Barisan Nasional atau tidak pada PRU ke 13 yang lalu; samada anda (pengundi N25 DUN Kajang) bakal mengundi Anwar Ibrahim pada PRK Kajang Mac nanti; anda semua tetap diberi bantuan tanpa ada pilih kasih.

Itulah hebatnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional. 

Satu lagi pesanan YPS buat penerima BR1M yang pro-PR khususnya ahli PAS, jangan terpedaya dengan dakyah pimpinan anda supaya menyerahkan separuh dari bantuan tersebut kepada mereka.

Gunakanlah sepenuhnya duit tersebut untuk keperluan anda. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sabtu, 8 Februari 2014

#BR1M3.0: PELANCARAN 22 FEB, PENGAGIHAN BERMULA 23 FEB 2014 - PM @NajibRazak

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

“Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang pada Sabtu.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M,kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang.

“Sekarang ini harga barang telah stabil. Ini merupakan asam garam ekonomi tetapi pokoknya kita mesti terus bersandarkan kepada rakyat mesti didahulukan.

“Kita tak mahu membebankan rakyat, kita cuma alihkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan saya percaya subsidi bersasar ini adalah kaedah yang terbaik dan kita sedang fikirkan langkah-langkah baharu yang akan diumumkantidak lama lagi,” kata Najib.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Kita sedar dan saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sudah tentu sayalah amat sensitif dalam hal ini kerana parti keramat ini iaitu Umno mesti kita pertahankan sebagai parti yang berkuasa, berwibawa secara berterusan,” katanya.

Najib berkata adalah tidak wajar pihak tertentu menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga barang memandangkan kenaikan itu disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.- BERNAMA

Selasa, 28 Januari 2014

#BR1M3.0: Kerajaan Tidak Lanjut Tempoh Permohonan, 20% Masih Belum Kemaskini Maklumat - Ahmad Maslan


Kerajaan tidak berhasrat melanjutkan tempoh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan berakhir Jumaat ini.

Justeru, individu yang layak menerima bantuan berkenaan dinasihatkan segera mengisi borang permohonan sama ada secara manual atau dalam talian di laman sesawang www.hasil.gov.my.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, permohonan secara manual akan berakhir 30 Januari ini memandangkan perayaan Tahun Baharu Cina pada 31 Januari, namun permohonan secara dalam talian masih boleh dilakukan hingga 31 Januari ini.

"Hingga 26 Januari lalu, seramai 7.7 juta permohonan telah diterima kerajaan, namun hanya seramai 6.2 juta sahaja telah mengemas kini maklumat peribadi mereka.

"Ini bermakna kira-kira 20 peratus pemohon BR1M masih lagi belum mengemas kini maklumat mereka. Jadi, saya berharap mereka segera berbuat demikian sebelum tamat tempoh yang diberi," katanya.

Jumaat, 24 Januari 2014

BR1M 3.0 Diagih Pertengahan Februari - @NajibRazak #Bajet2014

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini Jumaat.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil.

Presiden UMNO itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

"Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

"Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini," katanya.

Najib berkata MT UMNO juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh.

"Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara," katanya.

Klik 》》BR1M《《 untuk  pendaftaran permohonan baru serta kemaskini data penerima yang telah mendaftar. 

Rabu, 18 Disember 2013

#BR1M2014: PENERIMA SEDIA ADA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BERMULA 23 DISEMBER 2013

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.


"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.


Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta 2 juta individu bujang.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.


Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.


Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. 

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..