Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Rabu, 13 Ogos 2014

#KemelutSelangor: #PAS Dipihak @Khalid_Ibrahim Atau @AnwarIbrahim???


Kita sedia maklum Presiden PAS Haji Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS tegas menolak cadangan PKR untuk meletakkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid.

Kerana itu, pada 7hb Ogos lalu Tan Sri Khalid Ibrahim bersama isteri beliau telah ke Kota Bharu, Kelantan bagi bertemu Mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz.

Perkara tersebut dinyatakan dalam dalam satu Majlis Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor" yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli PAS.

Menurut Khalid, dalam pertemuan tersebut Tuan Guru Nik Aziz meminta beliau bersabar selain diamanahkan agar tidak memalukan golongan mereka yang disifatkan munafik.

YPS tertarik dengan perkataan munafik yang diperkatakan dan mahu melihat siapakah golongan munafik yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS tersebut.

Kekuatan Khalid yang diperkenankan untuk kekal sebagai menteri besar
oleh Sultan Selangor bergantung kepada Exco PAS setelah beliau memecat keenam-enam Exco PKR dan DAP, semalam. Baca di SINI.

Ekoran dari pemecatan tersebut, DAP dan PKR merayu agar PAS memulau Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang akan berlangsung pagi ini. Di SINI.

Apakah PAS tidak akan tunduk kepada rayuan serta desakan DAP dan PKR agar Exco mereka memboikot MMKN pagi ini???

Atau mereka akur dengan kehendak DAP dan PKR untuk tidak hadir, seterusnya menjadi munafik seperti yang disebut oleh Nik Aziz???

Sama-sama kita nantikan. 

Apakah Khalid berjaya menghapuskan golongan munafik.

#PKR &# DAP Rayu #PAS Tunjuk Solidariti, Arahkan 4 Exco Boikot MMKN Selangor @khalid_ibrahim

Bukan kah ini muka apek yang nak saman Ahli Parlimen Temerloh baru-baru ni???
Kemelut Selangor makin menarik untuk kita saksikan. YPS melihat rakyat Selangor menjadi mangsa kemelut yang melanda Pakatan Rakyat.

Selepas 6 Exco DAP dan PKR Selangor dipecat oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, PKR serta DAP merayu PAS menunjukkan solidarati untuk menghalang empat Exco PAS daripada hadir Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

"Kami rasa pemecatan ini tidak beretika dan tak hormati pinsip demokrasi. DAP dan PKR tak boleh terima pemecatan ini.

"Saya minta Mustafa Ali untuk sampaikan mesej kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS dan tunjuk solidariti kepada PR supaya exco PAS juga tak hadir pada mesyuarat exco," katanya kepada pemberita dalam sidang media tergempar di ibu pejabat PKR, malam semalam.

Malah menurutnya, pemecatan lebih daripada separuh exco negeri itu boleh dipertikai dari sudut perundangan.

"Pemecatan exco-exco ini berdasarkan keengganan kedua-dua parti untuk menyokong beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebagai menteri besar.

"Pemecatan ini tak adil dan boleh dipertikai dalam aspek perundangan. Kita tak faham bagaimana menteri besar boleh buat sedemikian," katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan kelima-lima exco yang dipecat.

PAS dalam satu kenyataan seperti dikeluarkan oleh Harakahdaily menegaskan keempat-empat Exco mereka akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos nanti.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya. 

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Apakah PAS mementingkan rakyat atau rakan mereka??? Sama-sama kita tunggu & lihat.

Rabu, 16 Julai 2014

PAS Tolak MB Wanita, @AzminAli Bakal Ganti @Khalid_Ibrahim???

Kemelut kerusi Menteri Besar Selangor berterusan sehingga kesaat ini. Terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dilaporkan bakal menggantikan Khalid selepas PAS dan DAP memberi persetujuan dalam pertemuan tertutup PR pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber, nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hampir pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita.

"PAS tidak setuju MB wanita, PAS mahu Azmin... DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan Anwar... bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan akhir sebelum raya.

"Perlantikan akan dibuat selepas hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.

PR ketika ini juga dikatakan sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Beberapa hari lalu, Anwar dilaporkan berkata PR tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalid selain menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

YPS cuba membayangkan kalau PM Malaysia dari Pakatan Rakyat dan kemelut begini timbul... Haru kome oiiii...

Isnin, 14 Julai 2014

@Azwanbro Hadir Program #JomKacauDodol, Lebih 10 Ribu Bekas Diedarkan #HELP #PemudaUMNO #PuteriUMNO #WanitaUMNO


DODOL merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang kian dilupakan di Malaysia ini. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia dan jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.

Atas inisiatif menghidupkan kembali tradisi tersebut, Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pemuda UMNO dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan program ‘JOM KACAU DODOL 100 KAWAH' yang berlangsung semalam di Masjid Al- Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi semalam dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Menurut Pengerusi HELP Nazir Husin Akhtar Husin, program tersebut melibatkan 1000 tukang masak yang terdiri dari ahli-ahli sayap pergerakan UMNO termasuk Puteri dan Wanita selain penduduk tempatan serta beberapa NGO.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun turut berkesempatan turun padang menyertai program tersebut.

Melalui foto yang dimuatnaik ke laman sosial oleh beberapa individu yang hadir ke program tersebut, Azwan dilihat turut sama membantu mengacau dodol.

Dalam kemaskini twitternya, Azwan mengucapkan tahniah kepada Pengerusi HELP, Nazir Hussin dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii kerana berjaya menarik dan melibatkan pelbagai golongan masyarakat menyertai program tersebut.

"Sebanyak 10,000 bekas dodol berjaya dihasilkan dan diagihkan di setiap parlimen serta di kawasan sekitar termasuk di bazaar-bazaar Ramadan," kata Azwan yang juga akan menghadiri satu lagi program Kacau Dodol anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Klang pada sebelah malam.

Selasa, 28 Januari 2014

#DUNKajang: Jangan Sentuh Kerusi MB Selangor - PAS Selangor

PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.


"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.



"Jika PAS terpaksa tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar, ia membuktikan parti itu sentiasa menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya dalam pembangkang,” Norman Toha, Bekas Setiausaha PAS Selangor (Mei 2013)

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.


Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.


Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.


Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.


Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.


"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.


"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.




Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi sekali gus menjadi peluang terbaik kepada PAS untuk menerajui Selangor.

#DUNKajang: PIMPINAN #PAS KECEWA TINDAKAN WAKIL RAKYAT PKR, PEMUDA #PAS SELANGOR UGUT PULAU KEMPEN

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Nasrudin Hassan kecewa dengan tindakan wakil rakyat meletak jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan kepada seseorang yang lain.

Nasrudin menegaskan pilihanraya adalah sebahagian daripada perjuangan bukan medan untuk pihak tertentu menggunakan peluang mencapai agenda peribadi.

Katanya, ketika rakyat sedang marah akibat kos hidup yang meningkat akibat harga barang naik, pemimpin tertentu mengalih tumpuan yang menambah perit rakyat.

"Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan kompenan Pakatan Rakyat.

"Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini," katanya di laman Facebook.


Bagaimanapun ia dipadamkan selepas beberapa minit disiarkan, namun ia dapat diakses menerusi akaun twitter milik anggota parlimen Temerloh itu.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai tanda kecewa dengan tindakan wakil rakyat PKR meletak jawatan bagi memberi peluang kepada pemimpin lain bertanding.

Nasrudin menjelaskan pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.

"Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya.

Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Selangor turut mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Syarhan Humaizi menjelaskan Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan PKR membuat keputusan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat.

"Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Katanya, Pemuda PAS Selangor berpendapat tidak wajar untuk melepaskan jawatan jika tidak mempunyai sebab yang kukuh.

Isnin, 27 Januari 2014

ADUN Kajang Letak Jawatan, @AnwarIbrahim Nafi Spekulasi Bakal MB Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Perletakan jawatan ADUN PKR yang berkuat kuasa hari ini disahkan oleh Speaker Hannah Yeoh dalam satu sidang media petang tadi.

Ini seterusnya memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan di kawasan tersebut. 

Perletakan jawatan oleh ADUN Kajang ini menguatkan spekulasi bahawa Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi tersebut seterusnya beliau dijangka menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan berkenaan beliau akan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah spekulasi semata-mata.

"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sejurus keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta selepas menghadiri perbicaraan kes saman beliau terhadap blogger, Papagomo.

Kata Anwar, "Perbincangan antara saya dan Tan Sri Khalid sering diadakan setiap minggu dan bukan hanya pada Ahad lalu. Kita berjumpa dan berbincang, paling kurang sekali dalam dua minggu namun selalunya sekali dalam seminggu samada di pejabat dan di rumah dia atau pun saya dan perbincangan yang dilakukan hanyalah perbincangan umum mengenai kedudukan Selangor dan Pakatan Rakyat,".

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata dakwaan yang mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan pada hari Rabu dan sekaligus mengosongkan kerusi yang dimenangi Parti PKR pada Pilihan Raya Umum yang lalu adalah tidak benar sama sekali.

"Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar,".

Kemelut dalaman PKR di negeri Selangor bermula apabila media melaporkan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata jawatan Menteri Besar Selangor mungkin akan digantikan dan Khalid pula akan dilantik menjadi menteri persekutuan seandainya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya yang akan datang.

Kenyataannya itu telah membuatkan setiausaha politik Khalid, Faekah Husin menempelaknya dengan mengatakan bahawa Azmin tiada kuasa untuk mempersoalkan pentadbiran Khalid dan tindakan Azmin itu dilihat bagaikan cuba untuk 'mengawal' segala pentadbiran negeri itu.


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..