Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Kerajaan Mengharamkan Filem #NOAH, Papar Ilustrasi Rasul #LPF #JAKIM

Filem NOAH menelan belanja RM427 lakonan Russel Crowe turut diharamkan tayangannya di Qatar, Bahrain serta Emiriah Arab Bersatu (UAE)
SELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.

“LPF memutuskan  sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini.

Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” ujarnya.

Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.

Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.

Sudah jangka - Russel Crowe

Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.

Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.

“Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya.

Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.

“Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul  dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

“Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam,” kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.

Selasa, 8 April 2014

Kenyataan Akhbar @Azwanbro Berkaitan Penganjuran 'Topless Party' @NajibRazak @TengkuAdnanReal @RazlanRafii


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YBM  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diatas pembatalan parti liar dinamakan 'Topless Friday Beach Party' dijadual berlangsung Jumaat ini di sebuah kelab di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Razlan Rafii, pihaknya telah pun menghubungi YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Agung UMNO itu memaklumkan beliau sudah pun mengarahkan agar DBKL menggunakan segala kuasa pembatalan yang ada keatas parti tersebut.

Penganjuran parti tidak bermoral seumpama itu perlu ditentang oleh semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda terutama orang Islam kerana ia boleh merosakkan akidah umat.

Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengingatkan mana-mana penganjur dalam negara supaya tidak menganjurkan parti seumpama itu dimasa akan datang dan sentiasa menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan.

Pihak berkuasa juga seperti Kementerian Perlancongan, JAKIM atau mana-mana majlis agama Islam negeri juga diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini di media sosial berkenaan parti sedemikian serta membuat tindakan selanjutnya dengan segera supaya kita dapat membanterasnya.

KHAIRUL AZWAN HARUN
8 April 2014

Khamis, 20 Februari 2014

Jakim Pandang Serius Isu Dibangkitkan Kassim Ahmad

Kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Justeru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi

Jumaat, 24 Januari 2014

#KalimahAllah: Taktik Baru Murtadkan Umat Islam - Tun Abdul Hamid


KUALA LUMPUR:  Tuntutan gereja Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu adalah bertujuan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa agama Kristian adalah serupa dan serumpun dengan Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tujuannnya juga adalah supaya orang Melayu yakin mereka masih beriman dengan Allah biarpun sudah mengikut cara hidup dan bersembahyang mengikut cara Kristian.

Menurut Tun Abdul Hamid, selama 500 tahun agama Kristian bertapak di Malaysia, Gereja Roman Katolik tidak pernah mengatakan Allah itu nama Tuhan mereka malah mempersendakan nama Allah sebagai Tuhan orang Islam dan sekarang pun hanya mahu menggunakannya dalam Bahasa Melayu.

"Selama 500 tahun mereka gagal menarik orang Melayu menganut agama mereka. Ini adalah taktik baru," kata beliau dalam kertas kerjanya pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Manusia Dalam Tradisi Islam di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Tun Abdul Hamid juga berpendapat isu penggunaan kalimah Allah itu juag mempunyai tujuan politik iaitu memecahbelahkan orang Melayu dengan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Isnin, 6 Januari 2014

VIDEO USTAZ ASHIQ (PAS) DAKWA 99% GURU PONDOK AKUI MAT SABU SYIAH #JAKIM @Zahid_Hamidi


Ustaz Ashiq Elahi mengakui beliau ahli PAS.

Rasanya agak lama juga isu Mat Sabu yang didakwa pengikut fahaman Syiah hilang dari perhatian media dan rakyat. Kali terakhir YPS membaca isu ini ialah ketika pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih mempunyi bukti Gred A yang masih belum didedahkan.

Sehinggalah kehari ini, YPS terbaca portal AIDC yang membawakan berita bertajuk "99% Tok Guru Pondok Akui Mat Sabu Syiah - Ustaz Ashiq Elahi". YPS pamirkan sekali printscreen artikel tersebut seperti di atas..

Pihak AIDC juga turut memaparkan video berdurasi 5.35 minit bersama-sama artikel tersebut.

Dalam video tersebut, seorang individu bernama Ustaz Ashiq Elahi bersetuju dan memperakui bahawa 99 peratus Guru Pondok mengetahui Mat Sabu merupakan seorang yang berpegang serta menyebarkan ajaran Syiah di kalangan ahli-ahli PAS.

Dibawah ini, YPS sertakan video tersebut dan sama-sama kita dengar dan amati apa yang dikatakan oleh Ustaz Ashiq Elahi.


Jika benar apa yang didakwa oleh Ustaz Ashiq Elahi, pihak Jakim bolehlah meneruskan siasatan seterusnya mendakwa Mat Sabu demi menyelamatkan aqidah umat Islam di Malaysia.

Diruangan komen artikel tersebut, 'zakir' mengakui mengetahui Mat Sabu berfahaman Syiah sejak tahun 1980 lagi.


Sabtu, 14 Disember 2013

ZAHID HAMIDI: KDN PERHALUSI CADANGAN TUBUH 'POLIS SYARIAH'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Antara yang dimasukkan dalam cadangan tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan diadakan.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya ketika menjadi tetamu sebuah rancangan bual bicara di Bernama TV kelmarin.

Dalam temubual itu juga Ahmad Zahid menjelaskan kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi bagi membolehkan PDRM yang mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk membendung penularan ajaran sesat.

Ketika ditanya mengenai pengamal ajaran Syiah yang diwarisi dari keturunan, mereka disarankan supaya melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM.

Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain.

"Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra... mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain.

"Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya lagi.

Terdahulu, dalam program itu beliau berkata kementerian akan terus meningkatkan usaha membendung penularan ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia.

Tegas Ahmad Zahid, beliau khuatir perkara itu akan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan mendorong kepada perang saudara seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

YPS pernah membaca berita tentang peranan Polis Syariah di Aceh, Indonesia. Skop tugas mereka bukan sekadar membanteras ajaran sesat. Malah melibatkan penguatkuasaan undang-undang syariah sepenuhnya.
Seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh sedang memberi nasihat kepada beberapa gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009.
Antara kisah yang YPS baca, bagaimana Polis Syariah di Aceh berdepan dengan pelbagai kes termasuk menahan dan menasihati wanita Islam yang memakai pakaian ketat serta tidak menutup aurat. 
Polis Syariah Aceh menggunting rambut remaja yang ditahan menggayakan rambut ala - punk.
Selain itu, tersebar juga kisah beberapa orang remaja ditahan dan dihukum kerana menggayakan rambut ala punk. Memang penubuhan unit Polis Syariah ini patut disokong memandangkan negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara Islam di dalam perlembagaan negara.

Merujuk kepada pengamal ajaran Syiah keturunan pula, YPS rasa sedikit musykil apabila Datuk Zahid sekadar memberi amaran agar mereka tidak mengembangkan ajaran mereka. 

Melihat kepada definisi 'dilarang mengembangkan', bagi teman larangan tersebut termasuk 'dilarang menurunkan' ajaran tersebut kepada setiap zuriat mereka. Tak gitu?

Selain itu, Datuk Zahid juga turut menyarankan agar pengamal Syiah keturunan ini melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM. 

Perkara ini juga mengelirukan YPS kerana jika kita telah mengharamkan ajaran tersebut tetapi dalam masa yang sama, mereka masih dibenarkan meneruskan aktiviti yang jelas bercanggah dengan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah yang diiktiraf oleh negara kita sebagai ajaran Islam yang sebenar.

Pada pendangan YPS, apabila tertubuhnya unit Polis Syariah nanti, mereka yang mengaku Islam tetapi mengamalkan ajaran Syiah perlu ditahan serta dibimbing untuk kembali kejalan Islam yang sebenar.

Apapun, keme tetap menyokong segala tindakan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang sentiasa tegas dan berani, demi menjaga kesucian agama Islam serta mengekalkan keamanan negara tercinta. Teruskan Yop!!!

والله أعلم




Ahad, 17 November 2013

PEMUDA UMNO GESA PENGUATKUASAAN BERSEPADU BANTERAS AJARAN SESAT @AzwanBro #NKPUM

Ancaman yang dibawa oleh ajaran sesat bukanlah fenomena baru bagi kita rakyat Malaysia. Pengikut ajaran sesat ini mempunyai satu faktor sepunya di mana mereka begitu taksub ke atas ketua mereka. Ini sangat bercanggah dengan ajaran Islam kerana dalam Agama umatnya tidak diajar untuk taksub kepada pemimpin. Ketaksuban pengikut ajaran-ajaran ini adalah sangat luar biasa sehingga mereka sanggup menimbulkan huru hara dan melakukan perkara luar dari batas norma manusia.
Sebagai contoh ajaran Aum Shinrikyo yang bertapak di Jepun sekitar tahun 90an telah mengorbankan 12 orang awam dan 5000 orang cedera dalam satu serangan gas beracun di stesen kereta api bawah tanah. Ajaran ini turut mengarahkan pengikut mereka membuat dan menyimpan senjata buatan sendiri untuk tujuan memporak porandakan negara.
Selanjutnya klik AZWANBRO.COM

Organisiasi Ajaran Sesat (OAS), umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia dan mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
  • Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
  • Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
  • Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasa membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
  • Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
  • OAS mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
  • Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya 
  •  Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.

Berikut adalah beberapa ajaran dan amalan yang diamalkan oleh OAS di Malaysia;
  • Percaya semua agama adalah sama
  • Percaya guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
  • Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru.
  • Guru mengaku memegang kunci pintu Syurga.
  • Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang.
  • Percaya makhluk seperti kayu, batu dan sebagainya mempunyai kuasa mutlak.
  • Menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah SWT.
  • Menghalalkan nikah sesama adik beradik.
  • Meminta pertolongan terus dengan orang mati.
  • Mengaku guru sebagai nabi atau malaikat.
  • Percaya ada nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
  • Percaya wahyu turun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
  • Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa A.S
  • Sheikh atau guru mendakwa diri mereka mempunyai mukjizat.
  • Percaya roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru atau dipuja.


Kumpulan berikut telah diwartakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM sebagai kumpulan ajaran sesat pada tahun 2012.


  1. Nasrul Haq*
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam**
  36. Golongan Anti Hadis
  37. Ajaran oleh Juruzon bin Abdul Latif @ dikenali (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Syiah
  39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
  43. Tarikat Mufaridiah
  44. Ajaran Hassan Anak Rimau
  45. Tarikat Aurad Ismailiah
  46. Ajaran Martabat Tujuh
  47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
  49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  51. Ajaran Mohd Nor Seman
  52. Ajaran Ayah Pin
  53. Ajaran Bahai
  54. Al-Ma`unah
  55. Ajaran Azhar Wahab
  56. Ajaran Hj. Banuar
SYIAH antara OAS yang makin berkembang di negara ini.

Tidak dinafikan, hari ini Organisasi Ajaran Sesat menggunakan medium media massa bagi mengembangkan ajaran disamping menarik minat ramai ahli-ahli baru menyertai mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia rasanya bersedia untuk bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan bagi membendung dan menghapus penularan ajaran sesat ini khususnya dikalangan umat Islam.  


*Nasrul Haq ialah sebuah pertubuhan silat batin di Malaysia yang diharamkan oleh kerajaan pada April 1978 di atas dasar-dasar yang dikatakan sesat. Pengikut Nasrul Haq sudah terlalu ramai sebelum ia diharamkan oleh kerajaan.

**Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..